Kesihatan yang baik bermula daripada sistem penghadaman yang sihat. Sistem penghadaman berfungsi untuk mencerna makanan sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair.
Proses penghadaman yang baik membolehkan lebih banyak nutrien diserap dari makanan yang dimakan. Selain itu, penghadaman sihat juga mempengaruhi imuniti tubuh dan dapat mengeluarkan bahan buangan dengan efisien daripada tubuh.
Oleh itu, orang ramai perlu memastikan proses penghadaman berlaku dengan sempurna dengan mengamalkan gaya hidup dan mengamalkan pemakanan sihat.
Mungkin ramai yang tidak tahu sistem penghadaman yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat.
Ini kerana kesihatan usus berkait rapat dengan sistem penghadaman, pencernaan, imun, endokrin, peredaran dan sistem saraf pusat.
Jika terganggu, ia boleh menjejaskan kesihatan sama ada mental dan fizikal. Justeru, amalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan masalah penghadaman.
Mungkin ramai yang tidak tahu sistem penghadaman yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat
Ini kerana kesihatan usus berkait rapat dengan sistem penghadaman, pencernaan, imun, endokrin, peredaran dan sistem saraf pusat. Jika terganggu, ia boleh menjejaskan kesihatan sama ada mental dan fizikal.
Justeru, amalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan masalah penghadaman.