BTC USD 81,998.5 Gold USD 4,144.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mandi Wajib TAK SAH???

btul tu...jgn sblum mandi dah niat...

lepas buka threat ni, dan dgr pendapat pakar2 aku rasa boleh kot....ada yang kata bila pasang niat nak mandi wajib sebelum masuk bilik air dah kira sah...entah lah...aku rasa boleh kot...kita doalah semoga segala amalan kita diterima oleh-NYA :)
 
ustaz noramin tu bagitau, masa mandi kalau tersentuh qubul/dubur semasa mandi wajib, batal & tak sah, kena ulang.

Tapi sebenarnya, yg batal adalah wuduk sahaja. Mandi wajib tetap sah.

tapi bukan mandi wajib kena dalam keadaan wuduk.........??/ :-?:-?
 
tutup je thread ni..wat org keliru jek..dah terdetik nk mandi wajib..niat r tu..tujuan niat ni nk membezakan amalan kita..klu kita tido..dengan niat nk dapat tenaga..nk beribadah..dapat pahala..klu x niat...xde pape r..yg kaedah dari kepala,kanan 3 kali..tu yg diajar..bukan rukun.yg penting meratakan air ke seluruh badan.

Aku minta maaf kepada semua pembaca... Bukan niat aku nak kelirukan anda semua...Tapi kita cuma nak minta pendapat masing2...threat aku ni BUKAN STATEMENT tapi persoalan..tajuk threat pon ada tanda ? Jadi tak salah kita berkongsi isu ini bersama...:-?
 
Aku minta maaf kepada semua pembaca... Bukan niat aku nak kelirukan anda semua...Tapi kita cuma nak minta pendapat masing2...threat aku ni BUKAN STATEMENT tapi persoalan..tajuk threat pon ada tanda ? Jadi tak salah kita berkongsi isu ini bersama...:-?

"Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga TIDAK SAH dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya."

*****************************************************************
Di atas tu sedikit informasi dari sumber yang dipercayai... Aku rasa ramai yang BACA DULU NIAT baru mengalirkan air dekat badan kan??? JARANG yang buat serentak iaitu membaca niat ketika air sampai di mana-mana bahagian...TAK SAH NOKK.... :o

cedok kat mana bang,buleh bagi link?
 
Islam itu mudah tapi susah bagi yg memberatkan. Niat dipasang sejurus air mengenai mana2 anggota badan. Tak semestinya betul2 serentak. Kalau was2 jangan la pasang niat bila time dah nak abis mandi wajib.

Camni la sape2 yg dok hujah niat kena serentak apabila air kena anggota badan, aku bagi argument dlm perspektif sains fizik.

Ada sape2 kat sini yg boleh buat perfect timing pasang niat serentak molekul air H2O kena anggota badan tanpa cepat atau lambat meskipun dalam sela 1 milisaat?

1 milisaat = 1/1,000 saat.

Tu belum aku minta dlm 1 nanosaat = 1/1,000,000,000 saat.
 
ustaz aku ajar niat mase kita sedang meratakan air ke badan..
 
tapi bukan mandi wajib kena dalam keadaan wuduk.........??/ :-?:-?

bukan.

ada ke hukum lepas berjimak kena amik wuduk? yg wajib adalah mandi wajib/hadas besar/junub.

sebelum mandi wajib, di SUNAT kan sahaja amik wuduk. Buat dpt pahala sunat, tak buat tapi terus mandi wajib, tetap sah.

Bila dah mandi wajib/hadas besar, secara tak langsung terangkat sekali hadas kecil. Jadi lepas mandi wajib kalau nak solat tak perlu wuduk... tapi dgn syarat

semasa mandi wajib, jangan sentuh kemaluan yg hukumnya membatalkan hadas kecil sahaja.
 
Back
Top
Log in Register