BTC USD 80,437.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mandi Wajib TAK SAH???

air shower sampai je kat rambut aku..trus aku bace niat..tu yg selalu aku buat..
tpi masalahnya..kalau kita lantai basah camne..bukan air dah kene anggota badan ke?

Good question!!!! maknanya sebelum ni aku selalu baca niat dulu baru simbah air, SAH lah kan..."lantai basah" tak gitu? :eek:
 
allah tidak memberati seseorang sesuai dengan kemampuannya ..aku kalau mandi hadas , aku niat dulu , pastu aku cuci kan kemaluan , dan lepas tu meratakan seluruh anggota ..macam tu la yang aku baca dalam hadis baginda
 
mengarut la ni. jangan caye la. niat je bile2 pastu terus mandi. tak perlu serentak. mandi pun tak perlu nak start kanan dulu ke ape. terus siram kat badan je. jangan nak menyusaahkan diri sendiri. islam itu mudah.

perkara ni nampak remeh....tapi jangan kita pandang ringan jer..kalau hukum dah kata macam tu, ikut sahaja lah...kalau tak sah mandi wajib, maka sia2 segala amalan kita...tak diterima
 
sebenarnya....masa kita nak masuk bilik air tu pun sebenarnya kita dah pasang niat nak mandi wajib !

betul. tak kan lepas mandi, tiba2x niat nak mandi hadas. bukan ke pelik?
 
Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.
Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan. Tepat bak kata tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).

GOOD INFORMATION!! tapi bahasa anda begitu tinggi... :) susah saya nak memahami...cuba gunakan gaya bahasa santai sahaja.... jadi SAH lah kan mandi wajib saya itu?

saya sertakan blog yang saya rujuk:
http://www.ustaznoramin.com/2010/05/cara-mandi-hadas-mandi-wajib.html
 
ustaz noramin tu bagitau, masa mandi kalau tersentuh qubul/dubur semasa mandi wajib, batal & tak sah, kena ulang.

Tapi sebenarnya, yg batal adalah wuduk sahaja. Mandi wajib tetap sah.
 
Back
Top
Log in Register