BTC USD 85,530.2 Gold USD 4,120.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mandi Wajib Berbogel

jawapan utk soalan TT....boleh n sah mandi tu.

cuma disunatkan menutup bahagian2 tertentu, kalau buat perkara sunat ni dpt pahala kalau tak buat rugi....

islam itu indah....mandi pun ALLAH bagi pahala.
 
"Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah."

Err... Takde sesape bole tolong ke bab ni? :(
 
Rukun mandi wajib ada 2 :

1. Niat ketika mula membasuh tubuh.
2. Membasuh seluruh badan yang zahir dengan air termasuk kulit atau rambut.

Jika anda dah lakukan semua ini. Maka sahlah mandi wajib anda.

WaLlahua'lam.

dat rite.. untuk rukun/syarat sah mandi wajib, aku jawap soalan periksa mcm ni pon dah markah penuh..

bab mandi dalam keadaan berbogel dah masuk bab adab.. sah mandi wajib tetapi makruh..tau tak maksud makruh.. tidak batal tetapi harus di tinggalkan..
 
Last edited:
jawapan utk soalan TT....boleh n sah mandi tu.

cuma disunatkan menutup bahagian2 tertentu, kalau buat perkara sunat ni dpt pahala kalau tak buat rugi....

islam itu indah....mandi pun ALLAH bagi pahala.

:)cgrock:)cgrock nice la bro
 
benda ni xperlu was2...ikut syarat WAJIB dengan TERTIB
InsyaAllah! sah....xyah pening2kan kepala pikir sgt...
Islam itu MUDAH!

ys sshnya kalu perempan dtg haid, kalu belum betul2 bersih/suci dr darah haid, kalu mandi wajib pon xsah....

ape2 ikut la yg terbaik! ni ade aku terjumpa....kalu dh ade abaikan jer :D

HUKUM MANDI DALAM KEADAAN BOGEL
APAKAH HUKUM MANDI DALAM KEADAAN BERBOGEL

.
Di khalayak ramai hukumnya adalah haram. Adapun di tempat yang tersembunyi atau tertutup, hukumnya harus. Berkata Qadhi ‘Iyadh; keharusan mandi bertelanjang di tempat yang tertutup atau tersembunyi dari orang lain merupakan pandangan jumhur atau majoriti ulamak”. Keharusan ini berdalilkan hadis Abu Hurairah r.a. yang meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. yang bercerita; “Adalah Bani Israel mandi dengan bertelanjang (sesama mereka di mana) sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain. Akan tetapi Nabi Musa a.s. mandi bersendirian (kerana menjaga auratnya). Maka mereka (yakni Bani Isreal) mendakwa; ‘Demi Allah! Tidak menghalang Musa mandi bersama kita melainkan kerana buah zakarnya bengkak’. Satu hari Musa pergi untuk mandi. Ia meletakkan pakaiannya di satu batu. Tiba-tiba batu itu lari bersama pakaiannya. Musa pun keluar dari tempat mandi itu (dalam keadaan bertelanjang) mengekori batu itu sambil memanggil; ‘Pakaianku, wahai batu’, hingga ia dilihat oleh Bani Isreal. Maka mereka berkata; ‘Demi Allah! Tidak ada sebarang kecacatan pada Musa (sebagaimana yang didakwa)’. Musa dapat mengambil kembali pakaiannya dan dia lalu memukul batu itu” (Riwayat Imam al-Bukhari). Berhujjah dengan hadis ini adalah satu cabang dari berhujjah dengan syariat sebelum Islam.
.
Sekalipun harus, namun yang terbaik ialah menutup aurat (yakni; sekalipun harus mandi bertelanjang di tempat tersembunyi, namun yang paling baik ialah mandi dengan menutup aurat). Dalilnya ialah hadis dari Mu’awiyah bin Haidah r.a. yang menceritakan; Aku telah bertanya Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Bila masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami buka?”. Jawab baginda; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu miliki”. Aku bertanya lagi; “Bagaimana jika sekiranya seseorang dari kami sedang bersendirian?”. Nabi menjawab; “Allah lebih layak untuk kamu malu dari manusia” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).
.
Imam Abu Laila menganggahi pandangan jumhur di mana menurut beliau; ditegah mandi telanjang sekalipun ditempat tertutup atau tersembunyi kerana air juga mempunyai penghuninya.

Mandi Wajib Dengan Keadaan Bogel
Soalan

Assalamualaikum, bolehkah kita mandi wajib @ ambil wuduk dengan berkeadaan bogel? Selepas ambil wuduk saya selalunya akan lap (anggota badan yang basah) untuk keselasaan ketika memakai telekung, soalan saya, boleh kah saya berbuat begitu?

Jawapan

Waalaikumussalam.

Tidak menjadi masalah sekiranya mandi wajib dalam keadaan bodel. ini kerana sekarang ini bilik mandi di kebanyakan rumah samada di kampung atau di bandar tertutup. Dalam hal pengmbilan wuduk, seelok2nya hendaklah menutup aurat.
 
"Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah."

Alamak.. Bole tak sesape tolong terangkan part ni.. Confused gak..

senang cerita..first masuk bilik mandi..kalau boleh pakai boxer atau kain batik..kalau bogel jin dok tengok sedap je korang mana perasan..

yang pakai shower lagi senang..
then mandi cam biasa, sabun-sabun..
dah siap sabun..tengah shower jirus atas kepala..
terus niat mandi wajib..ratakan air seluruh badan..

sunat..
ambil wuduk sebelum mandi wajib..
nak gosok anu..lapik la tangan tu untuk x batal wuduk
 
benda ni xperlu was2...ikut syarat WAJIB dengan TERTIB
InsyaAllah! sah....xyah pening2kan kepala pikir sgt...
Islam itu MUDAH!

ys sshnya kalu perempan dtg haid, kalu belum betul2 bersih/suci dr darah haid, kalu mandi wajib pon xsah....

ape2 ikut la yg terbaik! ni ade aku terjumpa....kalu dh ade abaikan jer :D

pompuan pon x susah..mandi je klu da abis.. klu tiba2 ada lagi kena la mandi lagi.. :D
 
pompuan pon x susah..mandi je klu da abis.. klu tiba2 ada lagi kena la mandi lagi.. :D

yer la, aku sng jer tp ade cm kwn aku, mandi 2-3 kali masih xyakin lg

tu la jd ssh, hukum xssh :D:D

ape2 kena belajar cmne cr nk cek masih ade haid lg ke tak..
org dh kawin sng skit :">:">
 
Aku pernah dengar kaset
Abuya Ashaari kata mandi wajib tak perlu pakai sabun....betl ker:-?
 
Apakah Hukum Mandi Bogel
apakah hukum mandi bogel, ada tak , dalil quran dan hadis melarangnya?
-----

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan budak-budak dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Mandi bogel di tempat yang tertutup pada hukumnya tidak dilarang didalam Islam.

a. al-Hafiz Ibn Hajar Asqalani menjelaskan bahawa ulama' mengambil hadith Sahih Bukhari #3404 dan Muslim #339 yang menunjukkan Nabi Musa as. dilihat oleh kanak-kanak Yahudi dalam keadaan tidak berpakaian selepas mandi menunjukkan bahawa dibenarkan seseorang itu mandi dalam keadaan berbogel [Fath al-Bari, 1/385].

Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan. Jelas beliau :-

وقد قدمنا في الباب السابق أنه يجوز كشف العورة في موضع الحاجة في الخلوة وذلك كحالة الاغتسال وحال البول ومعاشرة الزوجة ونحو ذلك فهذا كله جائز فيه التكشف في الخلوة ، وأما بحضرة الناس : فيحرم كشف العورة في كل ذلك

"Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan." [Sharh Muslim, 4/32].

b. Terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.

c. Tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama' salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Sekian, wassalam
______

tambahan :

Menurut Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi (Fiqh al-Thaharah, ms. 252) adalah mustahab (digalakkan) menutup walaupun bersendirian. Nabi saw bersabda :


فاالله أحق أن يستحيى منه من الناس

"Allah lebih berhak seseorang itu malu padanya daripada manusia" [Hadith Riwayat Abu Daud, Kitab al-Hamaam #4017, Tirmudzi didalam Bab Adab, #2670].
 
Back
Top
Log in Register