tomie
CG Hardcore Club

- Messages
- 74,084
- Joined
- Dec 25, 2006
- Messages
- 74,084
- Reaction score
- 8,321
- Points
- 886
Mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk
membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan
penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan
dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang
menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan
tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10
minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya
untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat
membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula
darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja
dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan
darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar
12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh
diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air
mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan
tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama
10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan
selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air
panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian
tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon.
Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga
ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung,
selsema dan sembelit.
- Habis -