balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Yee Cheu (kiri) menunjukkan lokasi pasar yang akan dibina pada Mei 2012, namun sehingga kini pasar berkenaan masih belum diwujudkan.
< 1 / 1 >
BATU FERINGHI - Mana Pasar Batu Ferringhi yang dijanjikan sejak dua tahun dulu? Itulah yang bermain di benak fikiran penduduk di sini.
Kakitangan swasta, Hayati Salleh, 32 berkata, sebelum ini Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu berjanji untuk membina sebuah pasar awam di kawasan perumahan berhampiran.
Menurutnya, khabar tersebut mendatangkan rasa seronok kalangan penduduk kerana sebelum ini mereka terpaksa menunggu lebih dari 17 tahun lamanya untuk pasar wujud di situ.
“Tetapi hinggalah ke 2014, kami masih tidak tahu apa status pasar berkenaan, benarkah ia akan diwujudkan atau sekadar mainan mulut sahaja.
“Kami pun amat berharap pasar berkenaan dapat direalisasikan secepat mungkin, jangan janji kosong saja,” katanya.
Sementara itu, bagi Khalid Nordin, 38, yang juga seorang peniaga masakan tomyam di situ mahu pasar di Batu Ferringhi dibina bagi memudahkan urusan harian penduduk.
“Di Batu Feringhi semuanya moden, tetapi pasar yang menjual barangan basah seperi ikan, daging dan sayur-sayuran masih belum ada lagi.
“Jadi tidak salah pasar ini dibina segera dan kami tidak perlu ke Teluk Bahang ataupun pasar raya lain untuk membeli barangan dapur,” katanya.
Pada Mei 2012 lalu, Sinar Harian melaporkan Yee Cheu berkata, Pasar Batu Feringhi akan dibina sebuah syarikat pemaju perumahan bagi mengikut syarat yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Menurutnya, sebelum ini di atas tapak yang sama, pemaju telah mengemukakan cadangan untuk pembinaan rumah mampu milik.
Tetapi pelan pembangunan rumah berkenaan ditolak oleh MPPP kerana pemaju tidak menyediakan kemudahan kepada penduduk setempat.
Beliau membuat kenyataan sedemikian ketika membuat lawatan ke tapak pasar baru tersebut di Jalan Sungai Satu bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaluddin
Hashim, Pengarah Bahagian Bangunan MPPP, Yew Tun Seng pada masa berkenaan.
Pengumuman tersebut amat dinantikan penduduk kerana dalam masa yang sama penduduk di sini sudah lama menantikan kemudahan pasar buat mereka.
Melalui pengumuman itu juga mereka mengumumkan kos pembinaan pasar itu dijangka menelan kos perbelanjaan sehingga RM4 juta.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/mana-pasar-bernilai-rm4-juta-1.241018