BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mana mahu lari bro?

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Kuching: Seorang peragut sempat menasihatkan mangsanya supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa jenayah ragut sebelum dia sendiri merampas dompet mangsa dalam kejadian berhampiran lampu isyarat di Jalan Bukit Mata, di sini, semalam.

Bagaimanapun, jeritan mangsa berjaya menarik perhatian beberapa pengunjung restoran berhampiran dan pemandu kereta yang berhenti di lampu isyarat sehingga suspek berjaya ditahan di tempat letak kereta sebuah hotel berdekatan.


Sebelum kejadian, mangsa lelaki yang berusia 26 tahun dari Jalan Bako bersama dua rakan dihampiri seorang lelaki ketika berada di persimpangan lampu isyarat, kira-kira jam 2 pagi.

Menurut sumber, lelaki itu menasihatkan mangsa dan dua rakannya supaya berhati-hati ketika berjalan kerana jalan itu kerap berlaku kejadian rompak serta ragut.


Katanya, sebaik selesai menasihati mangsa, suspek terus merampas dompet daripada tangan mangsa dan melarikan diri.


“Mangsa menjerit meminta tolong dan secara kebetulan seorang pemandu kereta yang berhenti di lampu isyarat membantu mengejar peragut berkenaan, selain turut disertai beberapa pelanggan restoran berhampiran.

“Suspek gagal meloloskan diri selepas dikepung beberapa orang awam dan ditahan berhampiran tempat letak kenderaan sebuah hotel berdekatan lokasi kejadian,” katanya, Orang ramai kemudian menghubungi polis dan suspek berusia 23 tahun dari Sejingkat itu dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk siasatan lanjut.


Lebih malang, suspek turut terpaksa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan akibat dibelasah orang awam yang berang berikutan kejadian ragut yang berleluasa.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan masih lagi dijalankan.


SUMBER:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Manamahularibro_/Article/index_html
 
pasnih g nasihatkan dia plop
lenkali jgn meragut...kang dah ke spital ubatnya..
 
loooor.... mcm ni pun ada....

kan dah makan kaki & tangan.
 
:D aduhhh, memang malang betul.

Yg tak tahan tu siap bagi nasihat :))
 
sempat bagi nasihat ropa-ropanyaaaa dia yang penyamunnnnnnnnnnnnnnnn.....
kiranya seperti serigala berbulu arnab....
 
ngeh3..kan dah kena..padan muko hang..siap da kne lauk dlu..nnt masuk lokap keno lagi..
 
Suruh bhati2 lain kali xkena lg..aggp bjumpa dia sbg pengajaran kot..:))
 
Back
Top
Log in Register