BTC USD 83,414.4 Gold USD 4,265.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mana boleh hapus tol – Tun M

Tol kat Malaysia dia ikut kaedah Build, Operating and Transfer (BOT) maknanya lepas habis konsesi memang kena serah kat kerajaan uruskan.
Yup bila habis konsesi kerajaan akan takeover. Tapi kerajaan tak cakap tol akan free bila kerajaan takeover nanti. Kita je yg fikir tol akan free.

Mana2 projek pembangunan/maintenance sedia ada kerajaan/JKR takkan buat sendiri. Semuanya lantik kontraktor 3rd party. Contohnya senggaraan bangunan2 kerajaan skang ni guna konsep Pengurusan Fasiliti (FM) dengan melantik kontraktor2 FM. Sama jugak bila kerajaan takeover highway nanti dah tentu akan lantik kontraktor 3rd party. Sama je mcm teruskan konsesi sedia ada.

Sekarang ni ada highway yg berikan perkhidmatan yg eksklusif, bermaksud perjalanan lancar sehingga 110 km/j dan tiada simpang lampu isyarat (ada simpang keluar/masuk yg khusus). Sebagai alternatif, ada jalan persekutuan/negeri tanpa tol yg ada byk simpang lampu isyarat dan had laju 90 km/j. Kenderaan nak masuk highway kena pusing jauh lalu jalan persekutuan/negeri sblm bole masuk highway di persimpangan yg khusus.

Kalaulah bila kerajaan takeover dan tol highway dimansuhkan highway dan jalan persekutuan/negeri akan jadi sama taraf. Bermakna kos kerajaan sedia ada utk maintain jalan dah jadi double. Kerajaan takkan buang duit utk maintain tahap 'eksklusif' highway. Jadinya setiap pembangunan di tepi highway akan dibuat direct access utk masuk/keluar sbb kerajaan takkan buang duit utk bina jejantas & jalan baru ke access keluar/masuk highway sedia ada yg jauh. Jadinya akan ada byk persimpangan lampu isyarat dan had laju akan diturunkan ke 90 km/j.
 
Back
Top
Log in Register