BTC USD 80,976.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Mana aku letak ni?"

aku selalu jadi camtu lepas sikat rambut..pastu xsmpi 5 minit da lupe sikat kat mane letak..padahal sekejap je pun...hal lain xlupe lak..
 
lamunan terhenti rasanya

Tt, dengar cakap jinlapar ni...

Sememangnya aku setuju dengan dia...

Dulu aku pun cam ko gak Tt...

Ko banyak mengelamun tak?

Tak pun fikir yang bukan2?

Aku ingat bagus kalo setiap hari ko train minda ko untuk fokus la...

Dan affirmation tu salah satu proven technique yang selalu aku amalkan untuk fokuskan minda aku...

Maybe ko boleh cuba..:)cgrock
 
slalunya terjadi apabila kita selalunya berfikir benda lain atau terlalu biasa harapkan org lain melakukan sesuatu utk kita atau terlalu excited/sdih dgn rakan dsbelah asyik berbual etc .. emm langkah pertama , u cuba la practice la ekk

1. cuba tumpukan sesuatu arahan @ perbuatan, sbb kita da tau kita byk buat silap .. so ambil langkah dari situ .. contohnya ketika membeli. terus tumpukan perhatian ketika mmbayar dan diberi baki.PAKSA diri tumpu. nmpak simple tp can make u more alert.


2. berpijak di bumi yg nyata..jgn mudah berkhayal..kdang2 kita asyik teringat benda2 yg lampau, rindu etc ketika kita sdang buat sesuatu perkara penting..cth2 yg u bg sangat ringan kes nya, tp BAYANGKAN if u tgah cucuk duit dgn kad atam ambil duit, tertinggal duit or kad aduhaii mintak2 jauh le

3. lastly, sprti kita semua tahu..setiap perkara yg kita buat tu mulai
dgn BISMILLAH .. jadikan ia sbagai rutin....tak perlu luah kuat2 bg org lain dgr, setakat berbisik di dlm hati pn cukup...



TANPA USAHA TAKKAN MENJADI,saya doaakan u pulih sedikit demi sedikit, nmpak simple tp bahaya actually

yg sy boldkan tuh, mcmana untuk buat minda betul2 fokus? sebab kadang2 minda kita akan terlari fokus "tanpa kita sedari". so apa yg sy nampak kat sini ialah perubahan dr segi behaviour jugak kot. yang melibatkan disiplin--> (paksa diri untuk tumpukan pada semua benda), kan tu melibatkan disiplin untuk memaksa diri membuat sesuatu. behaviour + mind control, kot.
 
mcm aku je masalah tt.
bukak tutup periuk,cedok nasik,nk tutup blk lupe dh letak mana tutup periuk.
puas mencarik.last2 atas peti ais sebelah aku je.
jd mcm blackout pulak. mcm memori tu xpernah wujud

kan? mcm black out. macam memory tu xpenah wujud.
 
kadang2 dh pakai helmet pn masih dok cari kt mana helmet:-)
 
Ya, btol memang kalo ko menghafal takde masalah sebab informasi tu dah dimasukkan dalam long term memory (LTM). LTM ko takde masalah cuma yang jadi masalah STM (Short Term memory). Untuk masuk ke LTM kita perlu wat sesuatu supaya data dlm STM bleh masuk ke LTM cthnye mnemonic & pengulangan.

Ko kene paham cara short term memory berfungsi. dia akan mek masa skit utk masukkan maklumat dlm LTM. Ada satu barrier antara STM dan LTM. Simptom yg ko alami ni dipanggil short term memory loss.

Boleh disebabkan byk faktor. Antaranya otak ko sendiri bermasalah.. heheh.. tak la. maksud aku sistem saraf ko.. ko ingat tak mase skola dulu ada blajar struktur neuron? ada akar pastu batang dia bersegmen. segmen ni kalo rosak ia blh mengakibatkan masalah mcm ni ataupun nyanyuk. aku lupa dia panggil ape istilah dia. Lebih kurang ada interfere dlm membawak data ko ke neuron2 lain la. biasa org tua jer jadik mcm ni kalo menggangu kehidupan seharian ko ko kene consult ngan pakar otak kat HUSM.

Selain tu boleh jadi gak ade gangguan dlm ketika data nak dimasukkan cth emosi dan gangguan luar.
Sbg cth: ko tengah pegang beg pada tangan kiri dan tangan kanan ko pegang kunci (assume ko right handed).. tiba2 telefon ko bernbunyi. Ko mesti letak barang yang di tangan kanan ko dan capai telefon. disebabkan ko dah ckp2 borak2 ko dah lupe kunci ko letak mana.

untuk solution dlm masa terdekat ko bleh cuba baca subjek "cognitive science" punya jurnal dan topik2 STM, LTM, bottleneck, memory loss symptom, dll dan ada cara nak overcome this instead of medical science. Paling bagus ko cuba cari & baca Atkinson & shiffrin model of memory.. ko tengok mcm mana cara dia berfungsi apa capacity dia. Semoga bila ko memahami mende ni ko bleh overcome terhadap masalah ni ..

Tulisan arab takde..Ayat dia jer ada dlm LTM aku.. hehehe

Wassalam

aku ade gak baca sket2 pasal ltm n short term memory ni. kalau cari kat internet xjumpa sgt artikel yg yg betul2 lengkap tentang otak & memory. hanya ada pecahan2 aje. dan banyak jugak isu2 lain tentang otak ni yg masih jadi persoalan antara saintis. anyway aku rs masalah aku lebih pada kurang keupayaan untuk fokus pada sesuatu benda, mungkin. sebab kalau fokus, mgkin aku akan ingat jugak (bukan seolah2 mcm memory tu langsung xde). sebab setahu aku, sebelum anggota badan kita melakukan sesuatu tugas, otak akan memberi signal/arahan supaya anggota badan kita bergerak untuk melakukan tugas tersebut.

dan sepatutnya kalau signal tu sendiri dtg dari otak kita, kenapa memori tu langsung xda dalam otak aku? seolah2 xpernah wujud.
 
aku tak tau tt..tapi kalau aku, kalau ada sesuatu benda atau situasi yg jadi mcm tt (lupa sesuatu)..aku lepas tu mesti secara 'auto' rasa something not right...so masa tu aku tau yang aku lupa sesuatu..tt ada rasa mcm tu?

kadang2 jadi cmtu kadang2 tak :D

tengok lah, kalau tertinggal benda yg penting ke, aku akan ingat aku tertinggal sumthing. yg jadi problem bilamana xingat kat mana letak barang tu. dan nak retrace balik memori tu da susah. kadang2 macam xwujud.
 
Tt, dengar cakap jinlapar ni...

Sememangnya aku setuju dengan dia...

Dulu aku pun cam ko gak Tt...

Ko banyak mengelamun tak?

Tak pun fikir yang bukan2?

Aku ingat bagus kalo setiap hari ko train minda ko untuk fokus la...

Dan affirmation tu salah satu proven technique yang selalu aku amalkan untuk fokuskan minda aku...

Maybe ko boleh cuba..:)cgrock

affirmation tu camana bro? :-?
 
Back
Top
Log in Register