[ BMU - REAKSI UNITED ]
Jendela perpindahan pemain musim panas 2017/2018 baru saja 'dirasmikan' pada tarikh hari ini 1 Julai 2017.
Untuk kem Red Devils,mereka sebelum ini telahpun menandatangani Victor Lindelof dari Benfica dengan nilai perpindahan £30 juta.Dijangkakan,beberapa 'muka baru' akan menyusul didalam masa terdekat ini.
Naib pengerusi eksekutif United yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif kelab,En.Ed Woodward kini dilaporkan sedang 'berusaha keras' untuk membuat rundingan mendapatkan pemain-pemain dikehendaki Jose Mourinho.
Woodward dikatakan perlu mengejar 'dateline' yang ditetapkan sebelum pasukan berkumpul semula menjelang jelajah pra-musim di negara Uncle Sam.
United akan melakukan perlawanan pertama jelajah pra-musim menentang La Galaxy pada 15 Julai dan para pemain serta barisan kejurulatihan dijadualkan akan 'berkumpul' 24 jam menjelang kunjungan ke United States.
Ini bermakna,sesiapa saja yang dibawa 'masuk' selepas ini akan membuat kemunculan di jelajah pra-musim dan ia kemungkinan besar berkumpul bersama skuad 'lama' United di pusat latihan Carringthon.
Sabar,biar Woodward yang buat kerja ya.
p/s:redakan tekanan,jom pergi 'open house' terdekat.
Glory Glory Manchester United!!!
#BMU07