Man United Man Utd transfer rumors..

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226
[ Harry Kane ]

Tottenham Hotspurs meletakkan harga minimum penjualan Harry Kane kepada mana mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau, dengan nilai sejumlah £100 juta.

#BMU14
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226
Inter Milan have told Manchester United that Perisic costs €50m up until July 1, after which he’s not for sale. [GdS] #MUFC
 

say-p

Active+ Member
Joined
Sep 23, 2009
Messages
3,040
Reaction score
12
Points
25
Rumors kuat ni, MU tgh aktif mencari back up Carrick.
Antara Matic dan Fabregas, mana yang tuan pilih.?
Fabregas nmpk lg perform.morata pa cite?slow ja MU beli jual player
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226
[ BMU - REAKSI UNITED ]

Jendela perpindahan pemain musim panas 2017/2018 baru saja 'dirasmikan' pada tarikh hari ini 1 Julai 2017.

Untuk kem Red Devils,mereka sebelum ini telahpun menandatangani Victor Lindelof dari Benfica dengan nilai perpindahan £30 juta.Dijangkakan,beberapa 'muka baru' akan menyusul didalam masa terdekat ini.

Naib pengerusi eksekutif United yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif kelab,En.Ed Woodward kini dilaporkan sedang 'berusaha keras' untuk membuat rundingan mendapatkan pemain-pemain dikehendaki Jose Mourinho.

Woodward dikatakan perlu mengejar 'dateline' yang ditetapkan sebelum pasukan berkumpul semula menjelang jelajah pra-musim di negara Uncle Sam.

United akan melakukan perlawanan pertama jelajah pra-musim menentang La Galaxy pada 15 Julai dan para pemain serta barisan kejurulatihan dijadualkan akan 'berkumpul' 24 jam menjelang kunjungan ke United States.

Ini bermakna,sesiapa saja yang dibawa 'masuk' selepas ini akan membuat kemunculan di jelajah pra-musim dan ia kemungkinan besar berkumpul bersama skuad 'lama' United di pusat latihan Carringthon.

Sabar,biar Woodward yang buat kerja ya.

p/s:redakan tekanan,jom pergi 'open house' terdekat.😂

Glory Glory Manchester United!!!

#BMU07
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226
[ Siri jelajah pra musim ]

Tinggal 12 hari sahaja lagi sebelum perlawanan pertama siri jelajah USA 2017 untuk perlawanan menentang LA Galaxy pada 15 Julai ini.

Adakah ada pemain baru selain Lindelof yang akan turut serta ??

#BMU14
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226
[BMU - BERITA SEMASA]

- Mourinho Ingin Kekalkan Darmian -

Matteo Darmian perlu membuat permintaan untuk meninggalkan Manchester United jika beliau mahu menyertai Juventus atau Inter Milan pada musim panas ini, sumber telah memberitahu kepada ESPN FC.

Pengurus United, Jose Mourinho berharap untuk mengekalkan pemain pertahanan itu di Old Trafford walaupun terdapat minat dari kedua-dua kelab Itali itu.

Pemain antarabangsa Itali itu yang bermain di kedua-dua posisi pertahanan kiri dan kanan pada musim lepas dan bermula dalam perlawanan akhir Liga Europa menentang Ajax.

Tetapi beliau dianggap sebagai pemain sokongan kepada Antonio Valencia dalam posisi kegemarannya di sebelah kanan dan majoriti melakukan 29 penampilan dalam skuad utama di pertahanan kiri berikutan kecederaan Luke Shaw dan Marcos Rojo.

Juventus dalam pencarian pemain pertahanan kanan yang baru selepas Dani Alves memilih untuk meninggalkan kelab, sementara pertahanan kiri, Alex Sandro juga mungkin akan berpindah pada musim panas ini setelah dilaporkan ada minat daripada Chelsea.

Adakah United perlu mengekalkan Darmian atau sebaliknya?

#GGMU!

#BMU06
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226
[ BMU - MANA DIA ]

Akhbar Guardian melaporkan Jose Mourinho 'kecewa' dengan urusan perpindahan musim panas kali ini.Mengikut perancangan pengurus dari Portugal itu,beliau ingin membawa 'kesemua pemain baru' bersama skuad sedia ada ke jelajah pra-musim di United States.

Mourinho berhasrat membina persefahaman dikalangan para pemainnya menjelang saingan musim 2017/2018 yang dijangka lebih mencabar serta kompetetif.

Walaupun tidak menyalahkan Ed Woodward sepenuhnya,Mourinho juga kesal dengan tindakan ketua pegawai eksekutif itu yang kelihatan 'bersahaja' mengenai urusan perpindahan pemain.Namun disebalik kemelut ini,pengurusan United 'yakin' kesemua pemain baru akan diselesaikan sebelum siri jelajah pra-musim.

Pening lah😂

p/s:semua tengah 'excited' mengenai pemain baru kan?

Glory Glory Manchester United!!!

#BMU07
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226
[ Wayne Rooney ]

Pemain era moden Manchester United yang selayaknya didirikan sebuah tugu buatnya di perkarangan stadium Old Trafford, sebagai tanda penghargaan buat penjaring gol terbanyak sepanjang zaman buat Manchester United.

P.s :Terima kasih, Wayne Rooney. Aku membesar dengan melihat kau tidak putus putus menjaringkan gol buat United.

#BMU14
 
Sponsored Post
Top
Log in Register