BTC USD 82,636.4 Gold USD 4,172.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man City Man city LATEST UPDATE, TALK, ISSUE, FEATURES

Status
Not open for further replies.
cmna la motivasi player City dgn situasi kelab disabitkan pelbagai kesalahan?
adakah semangat dan moral mereka down utk hadapi game seterusnya
 
Ezamy2.jpg

. .
 

Guardiola ikrar setia bersama City​

11 Februari 2023 10:24am

2088801.jpg


Guardiola


PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak berhasrat meninggalkan pasukan selepas kelab itu didakwa atas 100 pelanggaran peraturan kewangan oleh Liga Perdana Inggeris (EPL).

City berkemungkinan berdepan pemotongan mata atau pun tersingkir daripada liga utama Inggeris jika mereka didapati bersalah atas dakwaan pelanggaran ketika musim 2009-10 dan 2017-18.

Guardiola sebelum ini berkata, dia akan berundur jika mendapati dia telah dibohongi oleh pengurusan City berhubung dakwaan mereka melanggar peraturan financial fair play (FFP).

Bagaimanapun, Guardiola yang telah memenangi empat kejuaraan EPL dalam tempoh lima tahun lalu percaya kes terbaharu itu akan berakhir dengan cara yang sama seperti pertuduhan UEFA sebelum ini.

City telah diharamkan selama dua tahun daripada pertandingan UEFA pada Februari 2020 oleh badan induk bola sepak Eropah kerana pelanggaran fair play kewangan yang serius, tetapi sekatan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada akhir tahun itu.

"Fikiran pertama saya ialah kami telah pun dikecam. Sekiranya kami tidak bersalah, kami akan menerima keputusan hakim atau Liga Perdana.

"Tetapi apa yang berlaku jika dalam situasi yang sama seperti (kes) UEFA, kami tidak bersalah? Apa yang akan berlaku untuk memulihkan atau membayar balik kerosakan imej kami?.

"Saya tidak berganjak dari tempat duduk ini. Saya boleh memberi jaminan lebih daripada sebelumnya saya mahu kekal," katanya.


 
dah 3 perlawanan Foden x main. Tgk malam ni dia turun x
 
City 3 - Aston Villa 1
first half City main cantik
 

Guardiola mula bimbang status Haaland​

13 Februari 2023 08:35am

2090949.jpg


Status Haaland membimbangkan Guardiola.


PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berdepan beberapa hari yang membimbangkan menjelang kunjungan ke Arsenal pada Khamis selepas penyerang Erling Haaland terpaksa dikeluarkan setelah mengalami kecederaan.

Pemain Norway itu telah menjaringkan 25 gol dalam 21 penampilan Liga Perdana Inggeris sejak tiba di England dan mencipta gol kedua Manchester City untuk Ilkay Gundogan ketika mengatasi Aston Villa 3-1 di Stadium Etihad.

Namun mesin gol The Citizens itu gagal muncul pada separuh masa kedua, menyaksikan Guardiola kelihatan kurang yakin tentang peluangnya untuk bermain di Stadium Emirates dalam misi The Citizens merampas status pendahulu liga daripada Arsenal kendalian Mikel Arteta.

"Haaland mengalami kecederaan, dia tidak selesa untuk meneruskan permainan. Pada kedudukan 3-0 kami tidak mahu mengambil risiko mengekalkan dia dalam permainan.

"Jka dia tidak bersedia, kami akan menurunkan dia perlawanan satu lagi. Harapnya dia sudah bersedia tetapi kita akan lihat," kata Guardiola.
Haaland menghidupkan kerjayanya di Manchester City dengan cemerlang selepas berpindah dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund.

Untuk rekod, Haaland merupakan pemain keempat dalam sejarah Liga Juara-Juara menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya untuk tiga kelab berbeza (Salzburg, Borussia Dortmund dan Manchester City), selepas Fernando Morientes, Javier Saviola dan Zlatan Ibrahimovic.


 
arsenal 1 - man city 3
Manchester City mendonia
 
Marez
kemahiran luar biasa adalah sentuhan pertama dia. nampak soft dan cantik
facebook.com/mancity/videos/the-riyad-mahrez-story-coming-soon-to-city-recast-/601069588511629
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register