BTC USD 81,594.5 Gold USD 4,165.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man City Man city LATEST UPDATE, TALK, ISSUE, FEATURES

Status
Not open for further replies.
kerbau cup x kisah sgt
City fokus Premier League,FA Cup dan Uefa Champion League
 

Guardiola tidak menyesal tewas kepada United​

TERJEMAHAN SINAR HARIAN
15 JAN 2023
A⁻A⁺

2058071.jpg


Guardiola - Foto AFP


PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak menyesal tewas 1-2 kepada Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Sabtu.

Menurutnya, City bermain lebih baik berbanding United dan menegaskan saingan EPL masih panjang untuk pasukannya meraih lebih banyak kemenangan.

“Tahniah kepada United. Orang ramai akan faham betapa bagusnya Manchester City. Ia adalah perlawanan yang hebat.

“Kami mengawal permainan dengan lebih baik pada separuh masa kedua menentang Rashford dan pemain mereka yang pantas. Kami mempunyai semangat yang betul untuk melakukannya.

“Kami perlu memperbaiki situasi apabila kami melepaskan gol. Jurang antara gol pertama dan kedua terlalu rapat.

“Secara umumnya saya tidak menyesal. Saya tidak kisah jika kami tidak memenangi Piala EFL atau Liga Perdana, tetapi kami akan cuba.
“Terdapat banyak mata untuk dimenangi selepas ini. Kami sentiasa bermain dalam perlawanan seperti ini dan dalam perlawanan lain kami sedikit bergelut,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Jack Grealish meletakkan City di hadapan pada minit ke-60, namun United menyamakan kedudukan dengan gol kontroversi Bruno Fernandes pada minit ke-78.

The Red Devils memperoleh gol kemenangan empat minit kemudian menerusi Marcus Rashford.

Dalam pada itu, Guardiola mendakwa gol penyamaan itu disahkan oleh pengadil kerana faktor perlawanan itu berlangsung di laman United.

“Marcus Rashford ofsaid, Bruno Fernandes tidak. Rashford mengalih perhatian penjaga gol dan pertahanan tengah kami. Itulah keadaannya. Kami tahu di mana kami bermain. Ia sukar untuk pengadil apabila perlawanan berlangsung di stadium ini,” katanya.


 
MU 2 - MC 1
City main passing passing passing passing sampai ke sudah. Macam takda nafsu nak menyerang. Halen sendu.
Pep dah kena stop dgn tektikal penguasaan bola,golnya tidak.
 
Last edited:
kelemahan City=kena counter attack
jelas
plez la coach tumpu pada perkara ni. Cari formula utk lawan counter attack
 
Tatkala Pep dan yang lain² sudah give up dari saingan Liga Perdana musim ini, lain pula pandangan Rodri.

Katanya, City masih lagi dalam saingan walaupun sekarang berada 8 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal. Kekalahan kepada United hanyalah kekalahan dalam perlawanan besar, namun tidak memberi impak besar dalam saingan liga secara keseluruhan. Liga masih berbaki 20 lagi perlawanan dan 60 mata masih untuk direbut.

Secara logiknya, mata City kini telah mengumpul 39 mata selepas 18 perlawanan, 1 mata lebih jika dibanding pada musim 2013/14 dan 2020/21, dimana City menjuarai liga dalam kedua² musim tersebut.

Secara kiraan matematik, iya City masih berpeluang. Tetapi jika dibandingkan prestasi terkini, City banyak perkara perlu diperbaiki untuk bersaingan dengan Arsenal dan Manchester United yang berada dalam prestasi terbaik mereka.

City, kita tidak pernah melakukan sesuatu tanpa mencabar diri
 
Tatkala Pep dan yang lain² sudah give up dari saingan Liga Perdana musim ini, lain pula pandangan Rodri.

Katanya, City masih lagi dalam saingan walaupun sekarang berada 8 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal. Kekalahan kepada United hanyalah kekalahan dalam perlawanan besar, namun tidak memberi impak besar dalam saingan liga secara keseluruhan. Liga masih berbaki 20 lagi perlawanan dan 60 mata masih untuk direbut.

Secara logiknya, mata City kini telah mengumpul 39 mata selepas 18 perlawanan, 1 mata lebih jika dibanding pada musim 2013/14 dan 2020/21, dimana City menjuarai liga dalam kedua² musim tersebut.

Secara kiraan matematik, iya City masih berpeluang. Tetapi jika dibandingkan prestasi terkini, City banyak perkara perlu diperbaiki untuk bersaingan dengan Arsenal dan Manchester United yang berada dalam prestasi terbaik mereka.

City, kita tidak pernah melakukan sesuatu tanpa mencabar diri

Kena ulangi kejayaan edisi pertama menang EPL
Zaman Aguero
Baru boleh pertahankan kejuaraan
 
City vs Spurs
half time kena dua kosong
buat comeback 4-2. terbaik
mantap Marez
#ComebackIsReal
 
City vs Spurs
selain Mahrez seorang lagi pemain yang patut diberikan kredit adalah Jack Grealish.
permainan dia semakin baik semalam adalah dari segi bertahan.
Selama ini, City mudah bocor dari bahagian Grealish sebab dia kurang agresif dalam menutup ruang.
Tapi semalam Grealish bagai dirasuk,luar biasa desire dia untuk bertahan. Beberapa kali dia kelihatan berada di kawasan yang betul untuk bertahan.
Ada sekali tu dia dari bahagian Tottenham,pecut turun ke bawah buat decisive tackling untuk mengagalkan Son yang berada di situasi bahaya untuk counter-attack. Antara moment terbaik perlawanan.
 

City dituntut pamer watak sang juara​

22 Januari 2023 01:34pm

2065937.jpg


Guardiola memberi bayangan hayatnya di Etihad tidak bertahan lama. Foto EPA.


PEP Guardiola menuntut para pemain Manchester City mempamerkan watak sebenar sebagai sang juara kerana perjalanan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih panjang.

Beliau mahu The Citizens bangkit mengejar Arsenal di persada liga biarpuj pasukannya bangkit melakar kemenangan ke atas Tottenham Hotspur 4-2 Khamis lalu.

Bagaimanapun beliau memberi bayangan jika pemain tidak mahu mengikut permintaannya mungkit hayatnya di Etihad tidak lama.

"Jika saya kehilangan pasukan atau saya kehilangan semangat juang, saya tidak boleh berada di sini lagi. Di sini orang tidak menunggu," katanya.

Jurulatih dari Catalan itu membuktikan tempoh paling berjaya dalam sejarah kelab apabila menang empat gelaran liga dalam tempoh lima tahun.

Malah pada November lalu, Guardiola menyambung kontraknya bersama Etihad hingga 2025.

Bagaimanapun dia mengakui pernah melalui pengalaman penurunan prestasi yang akhirnya menjadi satu kejayaan buat seorang pemain.

"Saya menang empat La Liga berturut-turut ketika saya bergelar pemain," kata bekas pemain tengah Barcelona itu.

Bagaiamanapun beliau menambah keadaan berubah.

"Pada musim kelima, tidak sama seperti sebelumnya, yang keenam saya juga tidak sama. Saya tidak cukup dahagakan kemenangan.

"Saya merasakan 'betapa bagusnya saya' dan Madrid menewaskan saya untuk kali kelima dan keenam.

"Saya faham (cabarannya) tapi saya di sini untuk melakukannya. Pengerusi tahu mengenainya. Saya mahu berada di sini, jika tidak, saya tidak akan sambung kontrak.

"Tapi jika saya hilang pasukan atau saya hilang sesuatu, saya tidak boleh berada di sini. Di sini orang tidak menunggu," katanya.
Arsenal lima mata di depan mengatasi City dan masih ada kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Bagaimanapun City boleh mengurangkan jurang di persada EPL kepada dua mata menerusi kemenangan di Wolves malam ini.

Arsenal pula menanti kunjungan Manchester United di Emirates awal pagi Isnin.

Permintaan terbuka Guardiola itu diharap mendapat maklumbalas positif para pemain kerana perjuangan dalam liga masih panjang.

"Kami berkedudukan kedua dalam liga, bukan ketinggalan 25 mata di belakang Arsenal. Masih ada 57 mata untuk direbut.

"Apa yang saya katakan jika bermain seperti ini, tiada peluang (aksi hambar). Kami ada masa untuk pulih," ujarnya.


 
City 3 wolves 0
Haaland hatrik
Next game jmp arsenal fa cup
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register