BTC USD 81,405.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man City Man city LATEST UPDATE, TALK, ISSUE, FEATURES

Status
Not open for further replies.
City nak juara EPL musim ni sebab nak buat rekod juara 3 kali berturut-turut
 
PEP Guardiola tidak merancang untuk kekal mengendalikan Manchester City untuk tempoh masa yang lama.

 
Pep Guardiola tidak mahu salahkan pemainnya selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Everton.

 
berapa perlawanan diperlukan utk capai 20 gol
Erling Haaland – 14
Kevin Phillips – 21
Andrew Cole – 23
Ruud van Nistelrooy – 26
 

City perlu buat luar biasa jika mahu 'langgar' Arsenal​

oleh ZURAIMEE ZAINAL
04 Januari 2023 10:30pm
Masa membaca: 1 minit

2045865.jpg


Pep Guardiola - Foto EPA


PEP Guardiola percaya Manchester City perlu melakukan sedaya upaya jika penyandang juara itu ingin merombak pendahulu Arsenal dari puncak carta Liga Perdana Inggeris.

City boleh kembali merapat kedudukan dengan lima mata di belakang The Gunners menjelang kunjungan ke Chelsea selepas Arsenal kehilangan mata apabila seri tanpa jaringan berdepan Newcastle United sebelum ini.

“Kami perlu mengurangkan jurang dengan bermain bagus dan memenangi perlawanan, tetapi mereka (Arsenal) mendapat lebih daripada 100 mata jika mereka mengekalkan purata ini dan kami tidak akan mengejar mereka.

“Kami perlu hampir sempurna dan berharap mereka kehilangan mata. Malam tadi mereka masih cemerlang,” katanya.

Chelsea hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris tetapi Guardiola masih menjangkakan pertemuan sukar di Stamford Bridge.

“Ini adalah Liga Perdana Inggeris. Mereka pasukan yang sukar, diurus dengan baik.

“Tidak kira apa kedudukan anda apabila anda pergi ke Stamford Bridge. Ia sentiasa sukar,” kata Guardiola.

 

City kutip mata berharga​

06 Januari 2023 08:37am

2047214.jpg


Mahrez meledak gol tunggal ketika membantu City menewaskan Chelsea 1-0 pada Jumaat. - Foto Agensi


KELAB Manchester City meraih tiga mata berharga untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

Kemenangan bermakna itu diraih The Citizens selepas menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge pada Jumaat.

City beraksi hambar pada babak pertama, namun lebih menyerlah selepas rehat dengan gandingan pemain gantian, Jack Grealish dan Riyad Mahrez.

Kemasukan mereka membuahkan hasil apabila Mahrez meledak gol tunggal pada minit ke-63.

The Blues yang dibimbing Graham Potter mendominasi perlawanan sepanjang 45 minit pertama, namun City ampuh bertahan.

Pengurus City, Pep Guardiola mengakui mereka jauh lebih baik pada babak kedua.

"City bergelut pada babak pertama. Kami leka, perlahan dan tanpa tempo, namun di babak kedua jauh lebih baik. Tiga mata ini sangat penting.

"Kami akan terus berusaha. Selepas ini Piala FA, Piala Liga dan kemudiannya Old Trafford," ujar Guardiola.

Menerusi kemenangan itu, The Citizens mengumpul 39 mata untuk menghuni tangga kedua ketinggalan lima mata dengan pendahulu, Arsenal.

Chelsea sekali lagi berdepan City dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Etihad pada awal pagi Isnin.

 
nice gameplay City semalam. Ni baru betul City. Cantik plak game City tanpa De Boina,Halen,Grealish
Fans blh menarik nafas. game sblm2 ni City nmpk longgar.
sekali lagi Marez mantap. 2gol dari Marez. nice free kick dia. main full 90minit plak tu.
Marez ni kena bagi minute play byk. Jangan dekat masa habis baru nak tukar
 

City berhak tewas - Guardiola​

12 Januari 2023 10:27am

2054270.jpg


Guardiola


PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya berhak tewas kepada Southampton 0-2 dalam aksi Piala Liga di Stadium St Mary pada Khamis.

Menurutnya, City tidak melakukan persiapan rapi dan menyifatkan ia salah satu perlawanan yang teruk buat pasukannya.

"Pasukan yang lebih baik menang. Kami tidak bermain dengan baik pada permulaan. Terdapat banyak perlawanan yang kami bermula mula dengan buruk tetapi bangkit, tetapi tidak untuk perlawanan ini.

"Apabila tidak bersedia, kami gagal menjaringkan gol. Apabila anda bersedia, anda menjaringkan gol.

"Malam ini adalah malam yang buruk, lawan lebih baik jadi kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka. Untuk memenangi perlawanan anda perlu berada pada tahap terbaik dan malam ini kami tidak layak," katanya.

City yang melakukan lima pertukaran pemain selepas kemenangan pusingan ketiga Piala FA menentang Chelsea tiga hari lalu terpaksa akur dengan penguasaan ditunjukkan Southampton melalui jaringan Sekou Mara dan Moussa Djenepo.

Skuad kendalian Guardiola itu juga gagal melakukan sebarang percubaan ke gawang pasukan tercorot dalam Liga Perdana Inggeris itu.

Sementara itu, pengendali Southampton, Nathan Jones mengakui kemenangan ke atas City melonjakkan semangat pasukannya.

"Kami mahu menjadi pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Ini mesti menjadi penanda aras kami, tahap yang kami mahu capai.

"Kami mempunyai banyak situasi yang baik hari ini. Ia adalah satu langkah ke arah yang betul. Saya sangat berbangga dengan pemain, diri saya dan jurulatih," katanya.

 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register