BTC USD 82,537.9 Gold USD 4,171.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man City Man city LATEST UPDATE, TALK, ISSUE, FEATURES

Status
Not open for further replies.

Haaland tutup mulut pengkritik​

23 Januari 2023 12:39pm

2066388.jpg


Haaland sudah meledak 25 gol bersama City pada musim pertama di Etihad. - Foto EPA


PEMAIN sensasi, Erling Haaland menutup mulut pengkritik mengenai kemampuannya menyesuaikan diri dengan gaya permainan Manchester City apabila meledak hatrik keempat ketika membantu pasukannya menewaskan Wolves 3-0 pada Ahad.

Pemain Norway itu sudah menyumbat 25 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada 19 penampilan pada musim pertama di Etihad.

Jurulatih City, Pep Guardiola turut memuji pemain berusia 22 tahun itu yang bijak mengawal emosi biarpun berada dalam situasi tertekan terutama melibatkan prestasinya.

“Angkanya (jumlah gol) amat menakjubkan. Dia amat stabil dan tidak tertekan apabila keadaan tidak berjalan lancar.

“Apabila dia bermain dan menjaringkan gol. Saya tidak tahu berapa banyak gol, dia adalah jalan penyelesaian dan pelengkap buat pasukan.

“Apabila tidak menjaringkan gol, dia dikatakan masalah buat kami,” katanya.

Guardiola memberitahu, barisan kejurulatihan tahu keupayaan serta kemampuannya di atas padang dan pasukan dalam proses mencari jalan terbaik untuk meningkatkan persefahaman dalam skuad.

“Kami tahu kualitinya. Dia bukan pemain untuk digugurkan. Anda perlu menyesuaikan beberapa pergerakan dengannya dan kami sedang melakukannya dengan baik,” katanya.

Haaland yang kurang menyengat sejak beberapa minggu lalu, membuka tirai jaringan buat City pada minit ke-40 untuk gol ke-23 peribadi.
Jumlah jaringan itu menobatkan Mohamed Salah serta Son Heun-min untuk berkongsi Kasut Emas musim lalu.

Memasuki babak kedua, Haaland menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-50 dan menyempurnakan hatrik empat minit kemudian.


 
Halen bermain 19 perlawanan Premier League dan berjaya mencipta 4 kali hatrik. Ini rekod yg menakjubkan.
senarai hatrik dia
90min.com/posts/erling-haaland-every-hat-trick-the-striker-has-scored-for-man-city
 
Halen bermain 19 perlawanan Premier League dan berjaya mencipta 4 kali hatrik. Ini rekod yg menakjubkan.
senarai hatrik dia
90min.com/posts/erling-haaland-every-hat-trick-the-striker-has-scored-for-man-city

Rekod baru EPL rasanya
Musim pertama je dah catat 4 hatrik
 
20 perlawanan Haaland dengan 25 gol
facebook.com/mancity/videos/710976417324088
 
Saga perpindahan keluar Cancelo berdasarkan correspondence City seperti Sam Lee, Simon Bajkowski dan Mike Keegan:

• Semuanya bermula semasa City bertemu Fulham yang lepas (5 Nov 2022) selepas Cancelo dikenakan kad merah atas kekasaran yang tidak perlu ke atas pemain Fulham sehingga menghadiahkan penalti kepada mereka.

• Pep sangat berang sebab tiada keperluan Cancelo untuk melakukan challenge tersebut. Cancelo turut melakukan mistake leading to goal semasa bertahan menentang Liverpool sebulan sebelum itu (16 Oktober 2022).

• Sejak dari perlawanan tersebut, Pep kurang menurunkan Cancelo sebagai Starting 11, ditambah dengan prestasi merudum Cancelo.

• Perubahan formasi Pep yang lebih menggunakan 3 pertahanan tanpa bek tepi juga terhadkan peluang untuk Cancelo diturunkan.

• Cancelo menyuarakan kebimbangannya atas kekurangan minit permainannya dan mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan pasukan.

• Cancelo bertambah marah apabila dia ditukarkan pada rehat separuh masa semasa perlawanan menentang Chelsea (6 Jan 2023).

• Semasa perlawanan menentang Wolves (22 Jan 2023), Cancelo terus ke bangku simpanan sejerus turun dari bas pasukan tanpa ke bilik persalinan terlebih dahulu.

• Ketegangan memuncak apabila Cancelo dapat tahu dia tidak disenaraikan dalam starting 11 menentang Arsenal (28 Jan 2023). Cancelo berbalah dengan Pep sehingga perlu dileraikan oleh Dias dan Foden. Cancelo turut 'mengugut' untuk meninggalkan pasukan.

• Selepas perlawanan tersebut, barisan kejurulatihan memerhatikan Cancelo mula tidak memberikan perhatian semasa sesi taklimat / perbincangan taktikal bersama Pep.

• 31 Jan 2023, Cancelo sah menyertai Bayern Munich secara pinjaman sehingga hujung musim. Dia turut menyatakan, hubungan antara dia dan Pep bukanlah punca dia meninggalkan pasukan, tetapi dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan. Dia juga terbuka untuk kembali ke City selepas tamat tempoh pinjaman.

#AnakKotaBiru
 

Alasan Guardiola lepaskan Cancelo​

04 Februari 2023 11:45am

2080586.jpg


Joao Cancelo


PEP Guardiola menjelaskan keputusannya membenarkan Joao Cancelo menyertai Bayern Munich secara pinjaman kerana mahu memastikan pemain itu mendapat lebih banyak minit permainan.

Pemain antarabangsa Portugal itu kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama City selepas Piala Dunia dan menepis laporan mengenai hubungan tidak baiknya dengan Guardiola.

Cancelo berpindah ke Bayern dengan perjanjian pinjaman dan pasukan Bundesliga itu boleh menandatangani pemain berusia 28 tahun itu secara kekal pada musim panas.

"Musim depan, saya tidak tahu apa yang berlaku. Dia seorang pemain yang luar biasa dalam dua liga terakhir yang kami menangi. Selepas Piala Dunia, kami menjalani pramusim dan memutuskan untuk bermain dalam beberapa corak berbeza.

"Saya suka apa yang saya tonton. Saya memberi lebih banyak masa kepada pemain lain. Keperibadiannya ialah dia suka bermain.

"Dia pemain yang terbaik tetapi situasinya dia tidak banyak bermain. Pada tahun-tahun lepas, dia adalah antara pemain yang paling banyak minit permainan.

"Dia perlu bermain dan kami memutuskan untuk melepaskannya ke Munich. Jika Bayern Munich mahukan Joao, ia kerana dia seorang pemain yang luar biasa," katanya.

City ketika ini berada lima mata di belakang pendahulu Arsenal dan pasukan itu akan bermain di tempat lawan menentang Tottenham Hotspur pada Isnin yang berada di tempat kelima liga.


 
kekalahan City bukan sebab pasukan lawan kuat, tapi kerana kesilapan sendiri. slalu mcm ni
 
Ramai yang kurang faham, apa sebenarnya kesalahan yang telah dilakukan oleh Manchester City.
First sekali, korang kena tahu apa itu FFP. Tujuan FFP ini diwujukan bermula pada tahun 2009 untuk melarang mana-mana kelab untuk tidak berbelanja berlebihan melebihi sumber pendapatan kelab.

Sumber pendapatan kelab atau 'Revenue' datangnya dari penajaaan, siaran tv, tiket stadium, hasil jual pemain dan lain2 lagi.
Jadi pemilik kelab tidak dibenarkan mengepam duit masuk ke dalam pendapatan kelab, tetapi pemilik masih dibenarkan mengeluarkan duit sendiri hanya untuk pembangunan, kemudahan latihan, pasukan belia dan pasukan wanita kerana tidak termasuk dalam FFP.
Jadi kesalahan Man City disini ialah kelab itu menipu dari awal ketibaan pak arab. Dari musim 09/10 sehingga 17/18 iaitu 9 tahun, lebih dari 100 kesalahan telah direkodkan.

Kesalahan utama ialah menipu dari segi penajaan, pemilik kelab cipta syarikat palsu untuk menaja City. Padahal syarikat tak wujud pun, dan dari syarikat tersebut pak arab mengepam duit masuk untuk jadi sumber pendapatan kelab. Selain deal dengan mana2 penaja tetapi duit datang dari poket sendiri.

Inilah yang dilakukan Man City untuk menguatkan sumber kewangan. Dan sebab itu City boleh berbelanja besar walaupun pendapatan kelab tidak banyak pada mulanya.

City juga menipu dari segi kontrak pemain dan jurulatih, Roberto Mancini antara yang dikaitkan. Dikatakan gaji yang diterima Mancini dulu adalah jauh lagi tinggi dari apa yang ditunjukkan. Dan ini antara kesalahan yang dilakukan Man City.
Masa Roman Abramovich ambil alih Chelsea, FFP belum wujud jadi Chelsea beruntung. Dan sebab ada FFP ini juga Newcastle walaupun pemilik kaya raya tapi masih berbelanja ikut pendapatan kelab.
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register