BTC USD 81,546.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man City Man city LATEST UPDATE, TALK, ISSUE, FEATURES

Status
Not open for further replies.
Guardiola menegaskan misinya untuk memenangi Liga Juara-Juara antara faktor dia menyambung kontrak baharu bersama kelab gergasi England itu.

Manchester City menewaskan penyandang juara yang juga juara sembilan kali Piala Liga Liverpool 3-2 dalam perlawanan pusingan 16 di Stadium Etihad awal pagi Jumaat.

City tak akan beli pemain baharu​

oleh TERJEMAHAN SINAR HARIAN
28 Disember 2022 01:10pm
Masa membaca: 1 minit

2037382.jpg

Guardiola

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pasukan itu tidak akan membeli pemain baharu pada jendela perpindahan yang akan dibuka pada Januari.

Menurut Guardiola, dia sudah berpuas hati dengan barisan pemain sedia ada dan yakin mampu mengekalkan rentak cemerlang sehingga penghujung musim.

"Tidak, saya rasa tidak. Saya fikir kita akan menyelesaikan saingan liga dengan pemain yang ada. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti.

"Tapi sejak saya kembali dari Abu Dhabi, tiada nama pemain yang dibawa ke perhatian pengurusan tertinggi kelab," katanya.

Juara lima kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sememangnya dikenali sebagai pasukan yang sering berbelanja besar ketika jendela perpindahan dan membawa masuk pemain seperti Erling Haaland, Julian Alvarez, Kalvin Phillips, Manuel Akanji, Sergio Gomez dan Stefan Ortega Moreno pada musim lalu.

Beberapa pemain juga dikaitkan dengan City pada jendela perpindahan kali ini termasuk bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Bellingham dinilai mampu menambah kekuatan bahagian tengah City untuk mengharungi saingan liga musim ini.

Bisa Haaland bantu City benam Leeds​

Oleh TERJEMAHAN SINAR HARIAN
29 Disember 2022 09:06am
Masa membaca: 2 minit

2038317.jpg

Haaland (kanan) menyumbat dua gol untuk membantu City mengalahkan Leeds 3-1 dalam aksi EPL pada Khamis. - Foto AFP

PENYERANG berbisa, Erling Haaland meneruskan aksi padu apabila meledak dua gol ketika membantu Machester City melakar kemenangan 3-1 ke atas Leeds United pada Khamis.

Kemenangan itu membolehkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) terus merapati pendahulu, Arsenal dengan hanya dibezakan lima mata.

Ledakan dua gol itu juga membantu Haaland memahat sejarah tersendiri sebagai pemain EPL terpantas menyumbat 20 gol daripada 15 aksi liga.

Gol yang dijaringkan pada minit ke-51 dan 64 itu memecah rekod pemain Sunderland, Kevin Philips yang meledak 20 gol daripada 21 perlawanan.

Lebih menakjubkan jumlah gol Haaland itu mengatasi jaringan pasukan EPL seperti Chelsea dengan 19 gol, Bournemouth (18 gol), Aston Villa (17 gol) dan Crystal Palace (15 gol).

Pada aksi itu The Citizens membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Sepanyol, Rodri pada penghujung babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua Haaland akhirnya mencetak nama sebagai penjaring di awal permainan dengan penyudah mudah sebelum menambah jaringan ke-20 musim ini pada minit ke-64.

Pascal Struijk memberi harapan kepada penyokong tuan rumah untuk bangkit ketika dia menanduk masuk tatkala saingan berbaki 17 minit, namun ia hanyalah jaringan saguhati.

Kemenangan itu membantu City untuk mengumpul 35 mata, manakala Arsenal memimpin carta liga dengan 40 mata.

Leeds pula kekal di tangga ke-15, dua mata di atas zon penyingkiran.

"Saya mempunyai sasaran (matlamat) tetapi tidak mahu menyatakannya.

"Dalam bilik persalinan saya berkata pada diri boleh menjaringkan lima gol tetapi perkara yang paling penting ialah kami menang.

"Kami harus terus memburu Arsenal. Saya mampu menjaringkan beberapa gol lagi, namun itulah lumrah kehidupan. Saya harus terus berlatih dengan gigih," ujar Haaland.

jendela perpindahan Januari aku setuju Man City tak beli pemain baru. Pemain sedia ada dari bawah sampai atas dah cukup mantap
 
Selepas ni era haaland dan mbape pulak. Sayang skuad negara tak kuat mana..
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register