BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Mama tinggal RM100"

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
dn_19.1.jpg

Nur Syafikah Awang Bakar bersama adik-adiknya menunjukkan gambar ibu mereka, Siti Rohmah Asmawi di Kampung Bersia, Gerak, Perak, semalam


GERIK 7 Sept. - ''Mama tinggalkan RM100 dan pesan melalui telefon suruh kami adik-beradik pergi ke rumah kebajikan masyarakat." Menurut Nur Syafikah Awang Bakar, 14, dia masih ingat pesanan ibunya itu kira-kira empat bulan lalu tetapi dia dan adik-adiknya menyangka ibu mereka, Siti Rohmah Asmawi keluar rumah kerana mencari kerja.

Namun sehingga kini, kelima-lima beradik tersebut masih menunggu kepulangan ibu mereka yang menghilang tanpa khabar berita.

Ketika ditemui di Kampung Bersia di sini, Nur Syafikah melahirkan harapan agar ibu mereka dapat pulang menyambut Aidilfitri tidak lama lagi kerana adik-adik sangat merinduinya.

Kata Nur Syafikah, nasib mereka tiba-tiba berubah apabila Siti Rohmah yang berasal dari Indonesia meninggalkan mereka setelah kematian ayahnya yang merupakan warga tempatan.

"Mama pergi begitu sahaja. Kami ingat mama keluar untuk mencari kerja, rupa-rupanya tak balik sampai sekarang.

"Kehilangan mama amat kami rasai lebih-lebih lagi ketika hendak menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Kami sedih kerana belum ada baju raya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Empat lagi adiknya ialah Nur Shahidah, 11, Muhamad Azhar, 9, Siti Nur Aisyah, 7, dan yang bongsu, Mohd. Aidilfitri, 5.

Apa yang lebih membimbangkan kakak sulung itu apabila kesemua mereka tidak pernah bersekolah dan tidak mempunyai sijil kelahiran.

Nur Syafikah berkata, sebelum kejadian ditinggalkan ibu, mereka sekeluarga menetap di Setapak Jaya, Kuala Lumpur.

Disebabkan ibunya tidak pulang, jiran menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu lima beradik itu untuk mencari waris terdekat.

Setelah pelbagai usaha dibuat, JKM berjaya mengesan abang tiri mereka yang menetap di Kampung Bersia Lama Gerik, dekat sini.

Malangnya, kesulitan hidup dialami Mohd. Irwandi Awang Bakar, 24, yang hanya bekerja sebagai nelayan di Tasik Banding menyebabkan nasib lima beradik itu masih tidak menentu.

Bagi memastikan nasib kelima-lima mereka terbela, Mohd. Irwandi sendiri berharap ada pihak tertentu yang sudi membantu keluarga malang itu.

Katanya, dia dan keluarganya terpaksa keluar dari rumah yang mereka sewa sekarang ini berikutan tidak mampu menjelaskan bayaran sebanyak RM70 sebulan.

"Rumah yang kami diduduki ini adalah rumah sewa, malangnya kami sekeluarga terpaksa berpindah mencari rumah lain kerana pemilik mahu rumah ini dikosongkan selepas Aidilfitri nanti," katanya.

Orang ramai yang bersimpati dan mahu membantu keluarga malang ini boleh menghubungi talian telefon 019-5437025 atau berkunjung terus ke rumah mereka di alamat 25 Kampung Bersia Lama, 33320, Gerik, Perak.
 
Aduyy..sanggup belah camtu jer..hati kering sungguh mama derang ni..
 
mana la mak ko pegi.. ingat anak kucing ker main tinggal2 je
 
dah kene anta balik indon kot.. :-?
 
dah kene anta balik indon kot.. :-?

aku rasa pun mak dia warga indon.tp tu tkpe lh...bdk ni msti lahir disini knpa tk dibuatkn surat beranak dia masa lahir dulu.buat anak aje tau nya maintenance tk tau.dah tu...main belah mcm tu aje.
 
aku rasa pun mak dia warga indon.tp tu tkpe lh...bdk ni msti lahir disini knpa tk dibuatkn surat beranak dia masa lahir dulu.buat anak aje tau nya maintenance tk tau.dah tu...main belah mcm tu aje.

maintainye pon takder wit kot.. tu yang tinggal2 macam anak kucing kot:(scam:(scam..
 
kesian kat budak2 tu..sanggup mak diorang tinggal mcm tu ja..:o
 
patot nye mak diorang nie yg layak kena seterika....
kasi iron sket, baru ada akai......
ingat anak2 kucing ke main tinggal2....
 
sampai hati mak dia tinggal kan budak budak tu...sedih aku tgk..
 
Back
Top
Log in Register