BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perlu Percepat Bangun Teknologi Industri Dron - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

Malaysia Perlu Percepat Bangun Teknologi Industri Dron - PM Anwar​

08bdab4ecaa6572223cd603d78ab0a9a6a3f5dc965c20

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Penutupan Rasmi MyDrone Expo 2026 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.

Turut hadir Presiden WUAVF Malaysia Datuk Lester Tay Kean Boon (empat, kanan).


Malaysia perlu mempercepat penerimagunaan dan pembangunan teknologi baharu, terutamanya dalam industri Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) atau dron untuk memperkukuh kedudukan negara dalam ekonomi global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata industri dron yang saling berkait dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital, muncul sebagai pemangkin kukuh untuk inovasi, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.

"Jika Malaysia ingin menjadi negara yang lebih berjaya dari segi ekonomi, kita mesti pantas membangunkan teknologi dan bidang baharu.

“Dron berkait dengan teknologi digital dan AI, dan kita perlu membina ekosistem yang sesuai dan wajar untuknya,” kata beliau pada majlis penutup MyDrone Expo 2026 (MDX2026), di sini, hari ini.

Ekspo tiga hari anjuran bersama World UAV Federation (WUAVF) Cawangan Malaysia dengan Persatuan Pembangunan UAV Malaysia (MUDA) itu menampilkan lebih 100 reruai dan menarik ribuan pengunjung serta perwakilan industri dari 46 negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pasaran UAV global diunjurkan bernilai lebih US$55 bilion menjelang 2030, manakala sektor ekonomi ekosistem ruang udara bersepadu kini menjadi pemacu pelaburan yang semakin penting.

Bagi merebut peluang ini, beliau menggesa penggubal dasar, pertubuhan penyelidikan sains dan semua agensi berkaitan untuk memberikan sokongan kawal selia dan ekosistem yang sepenuhnya kepada industri tersebut.

"Dasarnya jelas. Dron dan industri berkaitan diberi sokongan penuh, bukan sahaja untuk industri tentera udara dan pertahanan tetapi juga untuk aktiviti awam, seperti perladangan, bagi meningkatkan produktiviti," kata beliau.

Bagi memacukan lagi industri ini, Perdana Menteri berkata kerajaan komited untuk menambah baik rangka kerja kawal selia, mempertingkat pembiayaan penyelidikan, pengujian dan pensijilan.

 
Back
Top
Log in Register