BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Minta Bangladesh Pertimbang Kurang Kos Pengambilan Pekerja, Komited Lindungi Kebajikan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
7739568d04f150fdd87c821416268e5a69d7a4bde9360

561bb609003374dcc8be77aa08b2033e69d7a4d434542

5f42c0888c4bed3f31f9f2d9708fea1369d7a4ec8d8e5

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Kerajaan Bangladesh diminta mempertimbangkan langkah pengurangan kos bagi pengambilan pekerja dari negara itu ke Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata langkah itu adalah demi kesejahteraan pekerja.

“Saya tegaskan keperluan untuk mengurangkan kos pengambilan pekerja asing serta meminta Kerajaan Bangladesh mempertimbang langkah mengurangkan kos ini demi kesejahteraan pekerja,” katanya.

Perkara itu dinyatakan Anwar ketika beliau menerima kunjungan hormat Menteri Buruh dan Pekerjaan Bangladesh Ariful Haque Choudhury bersama-sama Penasihat kepada Perdana Menteri Bangladesh Dr Mahdi Amin di Putrajaya hari ini bagi membincangkan kerjasama dua hala serta isu berkepentingan kedua-dua negara.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata Malaysia juga komited untuk terus melindungi kebajikan ratusan ribu pekerja Bangladesh di negara ini khususnya dalam sektor pembinaan dan pembuatan.

Pada pertemuan itu, Anwar turut mengulangi ucapan tahniah kepada Tarique Rahman yang dilantik sebagai Perdana Menteri Bangladesh pada 17 Feb lepas.

Tarique, 60, yang juga Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), ialah anak bekas Perdana Menteri Khaleda Zia dan bekas Presiden Ziaur Rahman.

“(Saya) sekali lagi mengulangi jemputan agar beliau berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat,” katanya.

Perdana Menteri juga berharap agar persahabatan Malaysia-Bangladesh akan terus diperkukuh berteraskan saling percaya dan manfaat bersama.

 
Back
Top
Log in Register