BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Lancar Pasport Bateri EV Pertama Di ASEAN

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Malaysia terus memperkukuh ekosistem kenderaan elektrik (EV) dengan memperkenalkan Malaysian Standard (MS) 2818: Pasport bateri untuk kenderaan elektrik – Keperluan am, sekali gus menjadi standard pasport bateri EV pertama di ASEAN. Standard ini berfungsi sebagai rekod digital menyeluruh yang merekodkan maklumat sepanjang kitar hayat bateri – daripada pengeluaran, penggunaan, hinggalah pelupusan. Langkah ini dijangka meningkatkan ketelusan, memudahkan pengesanan bateri, serta menyokong usaha negara mengurangkan pelepasan karbon.
1763483068093.png

Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, standard baharu ini akan membantu industri EV beradaptasi dengan perubahan teknologi yang pantas, sekali gus menjadikan Malaysia lebih kompetitif di rantau ini. Usaha ini menenjukkan komitmen Malaysia untuk memastikan produk tempatan memenuhi tahap keselamatan dan kualiti antarabangsa, sambil memacu inovasi serta kelestarian industri.
1763483121020.png
 
Back
Top
Log in Register