BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Gesa AS Timbang Semula Tindakan Sekat Selat Hormuz - Mohamad Hasan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
249040c60496ec23ca2ac848e344536769ddf845d1121

Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditemui media selepas Majlis Konvesyen Ekuiti Usahawan Bumiputera peringkat Zon Selatan di Universiti Teknologi Mara, Kampus Rembau hari ini.

Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk mempertimbang semula tindakan mereka menyekat Selat Hormuz kerana ia berpotensi menjejaskan bekalan tenaga dan kestabilan ekonomi dunia.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan tersebut boleh menghalang pergerakan kapal dagang dan kargo daripada memasuki atau keluar dari Selat Hormuz, sekali gus memberi kesan besar kepada bekalan tenaga global serta bahan penting termasuk baja urea.

Dalam masa sama Mohamad menjelaskan beliau tidak jelas tujuan sebenar AS berbuat demikian, lebih-lebih lagi apabila negara berkenaan sebelum ini menggesa kerjasama antarabangsa bagi memastikan laluan strategik tersebut kekal terbuka.

“Tujuannya saya tak tahu kerana sepatutnya Selat Hormuz ini tidak dikepung. Sebelum ini Iran telah bersetuju untuk membuka selat itu dengan syarat 10 perkara yang diajukan semasa rundingan di Islamabad  dipersetujui AS.

“(Sekat laluan) akan memburukkan lagi keadaan ekonomi, pertanian dan (bekalan) tenaga dunia akan menjadi lebih meruncing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Ekuiti Usahawan Bumiputera Peringkat Zon Selatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau, di sini, hari ini.

Justeru, beliau berkata AS perlu memikirkan semula tindakan tersebut dan membuka apa jua bentuk kepungan supaya laluan dagang boleh lalu di sana serta semua pihak perlu berunding semula, katanya.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu turut menyeru semua pihak, termasuk Iran supaya memastikan laluan perdagangan di selat berkenaan kekal dibuka semula demi kesejahteraan masyarakat antarabangsa dan tidak menjadikan dunia sebagai tebusan kepada konflik serta peperangan.

“Perang antara Amerika dan Iran atau Iran dan Israel, itu perang mereka, dunia tidak boleh dijadikan sebagai ransom (tebusan) untuk apa juga tujuan, begitu juga Amerika tak boleh membuat sedemikian, kerana dunia akan menghadapi masalah besar,” katanya.

Presiden AS Donald Trump pada Ahad berkata tentera laut Amerika akan memulakan sekatan di Selat Hormuz serta-merta dan turut memintas setiap kapal di perairan antarabangsa yang telah membayar tol kepada Iran.

 
Back
Top
Log in Register