BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia bukan dibina untuk 1 kaum sahaja, kata Salleh

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Malaysia bukan dibina untuk 1 kaum sahaja, kata Salleh​

32bd93d0-salleh-said-keruak-file-pic-1624.jpg

Salleh Said Keruak berkata Malaysia juga milik generasi akan datang dan negara diwarisi mereka perlu lebih bersatu, adil, makmur serta yakin menghadapi masa depan. (Gambar Bernama)

Sebaliknya, katanya, negara ini adalah milik semua rakyat Malaysia.

“Setiap komuniti mesti merasakan mereka mempunyai tempat, suara dan kepentingan dalam masa depan negara,” kata Salleh, bekas ketua menteri Sabah, menerusi hantaran Facebook menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Sabah.

Salleh berkata kekuatan negara terletak pada kepelbagaiannya, dengan Malaysia yang wujud hari ini terbina hasil sumbangan pelbagai kaum dan masyarakat.

Katanya, Malaysia bukan sekadar milik generasi hari ini tetapi juga generasi akan datang, dan negara yang diwarisi mereka perlu menjadi sebuah Malaysia yang lebih bersatu, adil, makmur serta yakin menghadapi masa depan.

Salleh turut berkata usaha membina negara adalah satu perjalanan yang berterusan.

“Tanggungjawab kita bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi memastikan asas dibina hari ini terus kukuh untuk generasi selepas kita,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register