TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
ASYRAF WAJDI DUSUKI menyampaikan ceramah dalam Ekspo Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID
KUALA LUMPUR 12 Dis – Sifat malas dan lemah untuk berfikir yang sering dikaitkan dengan kurangnya budaya membaca menyebabkan umat Islam mudah jatuh serta sukar untuk bangkit dalam kehidupan.
Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, amalan membaca yang kurang itu menyebabkan umat Islam tidak mendapat ilmu secukupnya sehingga mengakibatkan mereka mudah terjebak ke dalam kumpulan ekstremis serta radikal yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Malah, katanya, kejatuhan kerajaan Islam di negara Eropah suatu ketika dahulu juga boleh dikaitkan dengan sifat malas dan kejahilan umat Islam untuk berfikir.
“Sifat tersebut mengakibatkan umat Islam hari ini amat mudah untuk berpolemik serta bertelagah dalam perkara-perkara yang remeh serta lebih menjurus kepada sentimen emosi dan tidak berbahas dalam kerangka ilmu yang boleh mendorong kepada perbuatan agresif dan tidak bertamadun.
“Malah, kemunculan kumpulan-kumpulan ekstremis dan radikal dalam kerangka umat Islam juga adalah disebabkan kurangnya ilmu serta kefahaman mereka memahami Islam dalam kerangka yang salah dan sesat,” katanya dalam program Bacaan Saya sempena Ekspo Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nas...am-sukar-bangkit-1.35814#sthash.yABLZWqp.dpuf