BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malang pencuri buta IT

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


BALING: Akibat tidak mahir dengan peralatan canggih, tindakan dua lelaki melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda tanpa mematikan alat sistem pengesanan global (GPS), membawa padah apabila mereka ditahan di persimpangan lampu isyarat Pekan Baling, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.45 pagi apabila kenderaan Toyota Hilux yang dilarikan daripada pemiliknya di Sungai Siput Utara, Ipoh, Perak, dikesan berada di kawasan Baling sebelum dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan.

Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Pegawai Perisikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Baling, Inspektor Abd Aziz Mat Resof, menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun berkenaan selepas bergelut selama 10 minit.

Sumber berkata, sebelum itu kedua-dua suspek berkenaan dipercayai mencuri kenderaan terbabit jam 3.40 pagi sebelum memandu tanpa arah tujuan sehingga ke Alor Setar dan berpatah semula ke Pendang sebelum tiba di Baling.


sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MalangpencuributaIT/Article/index_html
 
kat gambor, 3 org tengah bergaya dengan henpon baru ke apa? :D
 
gps nei klau pasang yang mahal mmg pencuri yg celik it pun kantoi..jadi sesiapa ada toyota hilux nei pasang la gps yang 3-4 ribu satu tu...kereta nei tengah panas..
 
berita macam nie macam nak bagi tahu pencuri, sebelum mencuri matikan gps dulu.
 
Celik IT ke atau pencuri newbie.. haha :)cgrock
 
abisla lepas ni pencuri2 sume dh beringat kene matikan gps dlu sebelum mencuri :)):))
 
cehh...apo la paper, ajar pencuri pasal gps lak....
 
dah terima padahnya...
 
Back
Top
Log in Register