BTC USD 84,405.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maklumat mengenai HIBAH TAKAFUL

azizriadi

Active+ Member
Messages
4,117
Joined
Sep 4, 2007
Messages
4,117
Reaction score
58
Points
30
Assalamualaikum....

Saya buka thread baru berkenaan dengan maklumat HIBAH.

Dalam perancangan kewangan, ada satu bahagian namanya WEALTH DISTRIBUTION atau pembahagian kekayaan...maksudnya macam mana kita uruskan harta yang kita ada semasa kita hidup dan selepas kita dah takde di dunia ini...

KENAPA KITA KENA URUSKAN?..

1- Sebab kalau tak uruskan, harta tersebut mungkin akan dibekukan dan tidak dapat digunakan untuk manfaat waris kita atau orang lain yang mana sepatutnya ia mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu cara kita bersedekah

2- Sebab kita tak kemungkinan perbalahan antara waris kalau kita tak uruskan dengan betul. Sebab process nak uruskan memerlukan masa dan duit.

3- Sebab kita nak elakkan mungkin ada yang termakan harta anak yatim yang bukan milik orang tertentu. Saya akan terangkan lebih lanjut dalam posting2 yang berikutnya...

4- Waris kita memerlukan dana kecairan tinggi (cash) dengan segera untuk teruskan kehidupan, kalau tak uruskan dengan baik, mungkin harta2 tersebut akan dibekukan.

5- Dituntut seperti yang dinyatakan dalam Al Qur'an

Surat al-Baqarah ayat 180-181

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ (١٨٠) فَمَنْ بَدَّلَهُ بَعْدَمَا سَمِعَهُ فَإِنَّمَا إِثْمُهُ عَلَى الَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (١٨١ (​

Artinya:
180. Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, Berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.

181. Maka Barangsiapa yang mengubah wasiat itu, setelah ia mendengarnya, Maka Sesungguhnya dosanya adalah bagi orang-orang yang mengubahnya. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

So, saya akan berikan pelbagai maklumat dalam ni dan kalau ada yang nak bertanya boleh tanya dan saya akan tunjukkan bagaimana takaful boleh dijadikan sebagai satu instrument untuk memudahkan process pembahagian harta selepas kita meninggal dunia.
 
terbaik tuan..!saya pun memang tengah khatamkan pasal hibah, wasiat dan wisayah ni..boleh jugak refer2 kt sini..
 
Jadikan thread ni untuk bincangkan maklumat dan bukan hanya menjual. Thread insurance kat CG nie dah penuh dengan orang menjual. Bukan tempat orang cari maklumat dah sekarang nie.
 
Nak tanya jugak tuan aziz riadi uruskan claim kematian untuk muslim... Cam mane proses claim nye? Terus dapat pada penama atau kena hold dulu untuk distribute ikut faraid?
 
Nak tanya jugak tuan aziz riadi uruskan claim kematian untuk muslim... Cam mane proses claim nye? Terus dapat pada penama atau kena hold dulu untuk distribute ikut faraid?

Claim kematian, semua pampasan akan terus pergi ke Penama. Penama akan distribute ikut wasiat dan faraid. Kalau tak buat, itu dah jadi pecah amanah....

Sebab tu sekarang nie ada system Hibah Bersyarat....tak perlu nak distribute lagi dah.

Company tak boleh hold duit claim client.
 
Back
Top
Log in Register