BTC USD 38,709.1 Gold USD 2,072.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mencari hibah takaful yang cover 1 juta

Sponsored Post

Salam semua..

Saya dan suami sedang mencari pelan hibah takaful yang cover RM1,000,000 untuk suami yang berusia 49 tahun. Hibah yang cover kematian saja ya. Suami sihat, tiada apa2 sakit kecuali gout yang tak kritikal dan tidak merokok.

Mohon forumer untuk share anggaran caruman. Terima kasih.

salam puan,
Saya Aena dari AIA.
AIA ada plan 1 juta puan.
Boleh puan bgi no phone untuk saya bgi quotation?
 
Salam. Saya nak up kembali thread ini.

Dulu tertangguh nak buat hibah tapi sekarang baru tau KWSP boleh keluar untuk buat hibah.

Saya minta para konsultan takaful untuk quote di sini atau PM, anggaran bulanan hibah bernilai 500k - 1 juta untuk suami umur 51, tidak merokok dan sihat tubuh badan.

Soalan saya, adakah apa-apa diskaun atau rebat jika:

1) Bayar lumpsum selama setahun
2) Bayar lumpsum 3/5 tahun
3) Apa-apa pakej hibah bagus yang hanya bayar sekali dan tiada apa-apa bayaran lagi selepas itu

Bolehlah share apa-apa proposal kepada saya. Yang paling penting, tolong kongsi proposal hibah 500k sehingga 1 juta untuk kondisi suami saya seperti di atas. Terima kasih.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register