BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maklumat dari komander escom

Harap sangat maklumat dan rahsia besar mcm ni xtersebar. Mohon rakan2 x share bende ni. Rasa sabah seakaan2 terancam pula. Pray for Sabah.
 
Kita dah xguna pakai kaedah bertahan dah! Menteri dah kuar statement! So kita akan lanyak mereka lepas ni, dah xder bagi muka..jgn pelik nanti tau2 base mereka dh kena lanyak!
 
terang2 tulis rahsia...tapi ada kat internet...
 
Tiada lagi pendekatan defensif - Zahid

Fri, 18 Jul 2014 08:46:00 GMT




KUALA LUMPUR 17 Julai - Malaysia akan bertindak ke atas kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Nur Misuari kerana dipercayai bertanggungjawab mendalangi insiden penculikan dan pencerobohan terbaru di Pulau Mabul, Sabah baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rentetan insiden yang menyebabkan kematian seorang anggota Pasukan Polis Marin dan seorang lagi diculik, pendekatan ofensif bakal diambil ke atas kumpulan bersenjata tersebut.

Beliau menegaskan, kerajaan juga tidak akan melayan sebarang tuntutan wang tebusan bagi membebaskan Konstabel Zakiah Aleip kerana jika permintaan itu dipenuhi, tindakan sedemikian hanya menyemarakkan kejadian penculikan pada masa hadapan.

Menurutnya, berdasarkan risikan pihak keselamatan, anak perempuan kepada Nur Misuari yang berada di belakang pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu dipercayai watak utama dalam siri pencerobohan dan penculikan di Sabah.

"Nur Misuari uzur tetapi di belakang terutama anaknya itu mempunyai matlamat yang begitu tinggi. Selain mahu mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak, dia juga dipercayai mahu menggunakan wang tebusan untuk menghidupkan semula MNLF.

"Itu tindakan silap. Kita sudah beritahu dia, kita akan lakukan sesuatu walaupun di negara berlainan," katanya sambil mengesahkan kumpulan bersenjata tersebut menuntut wang tebusan 10 juta tetapi tidak dinyatakan dalam nilai mata wang apa.

Terdahulu beliau menjadi tetamu program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bagi segmen 'Mesej Dari Penjara' yang menampilkan seorang banduan akhir di Sri Pentas, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, anggota polis Marin, Koperal Ab. Rajah Jamuan mati ditembak manakala Zakiah diculik selepas lapan lelaki bersenjata yang memakai baju hitam dan berseluar celoreng menyerbu sebuah resort di Pulau Mabul.

Ditanya lanjut mengenai pendekatan ofensif yang bakal digunakan, Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak boleh didedahkan kerana ia strategi keselamatan tetapi sempat menjelaskan bahawa selepas ini pasukan keselamatan tidak lagi 'menanti'.

Beliau seterusnya menambah, pihak keselamatan akan memerhati pergerakan mana-mana pemastautin tetap serta mereka yang mendapat pas lawatan bagi mengesan tali barut yang dipercayai terlibat menyalurkan maklumat kepada kumpulan bersenjata.

"Kerajaan serius bukan sahaja di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tapi seluruh negeri, sebab itu selain mengumumkan perintah berkurung kita juga menambah 680 anggota keselamatan sebagai langkah drastik," katanya.
 
Bagus Datuk Zahid..kali ni boleh kirim 50 sen lagi kat anak Misuari...biar dia tau erti penyesalan...
 
yes! Russia pn kite ganyang jgk abg zahid yer..klau bnar russia jd dalang tembak mah17 hehe
 
Kalau dokumen sekecil ini pon pihak berkuasa yg sepatutnya gagal untuk menjaga dengan baik dan selamat....hmmmmm
 
Kalau dokumen sekecil ini pon pihak berkuasa yg sepatutnya gagal untuk menjaga dengan baik dan selamat....hmmmmm

Rasa yang bocorkan dokumen rahsia ini adalah tali barut puak sulu dalam ESSCOM.

Media sosial adalah sumber risikan dan penyampaian maklumat mudah bagi mereka. Cam kes Lahad Datu dahulu.
 
10403236_10202422902553658_7520169520193687897_n.jpg

SUMBER GAMBAR : Zaharin Mohd Yasin

hati2 share... arahan dah dikeluarkan supaya tidak menghebahkan perkara tersebut. dah ada satu laporan dibuat berkait KINARUT/RPT/1574/2014 Bertarikh 17/4/14. pemilik laman FB tersebut xpasal2 kena siasat
 
Back
Top
Log in Register