BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makluman Operasi TNB Sepanjang Tempoh PKP

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Makluman Operasi TNB Sepanjang Tempoh PKP (01 JUn 2021 - 14 Jun 2021)

1622689975905.png
 
jgn pulak TNB tak dtg rumah amik meter reading
 
Maklumat Tambahan

Perkhidmatan kaunter dan kiosk TNB di semua UTC di Semenanjung Malaysia tidak beroperasi sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh Fasa Pertama bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021. Senarai kaunter & kiosk UTC TNB yang terlibat:
  • UTC KL (Pudu Sentral,KL)
  • UTC Melaka (Jalan Hang Tuah,Melaka)
  • UTC Johor (Johor Bahru,Johor)
  • UTC Perak (Ipoh,Perak)
  • UTC Pulau Pinang (George Town,P.Pinang)
  • UTC Kedah (Alor Setar,Kedah)
  • UTC Pahang (Kuantan,Pahang)
Para pelanggan disarankan untuk mengakses perkhidmatan TNB di rumah secara digital dan atas talian melalui Aplikasi dan Portal myTNB.

1622693359588.png
 
9 Tips TNB Untuk Jimat Penggunaan Tenaga Elektrik Ketika "Lockdown"

Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dari 1 hingga 14 Jun ini pastinya membuatkan isi rumah anda sentiasa penuh dengan ahli keluarga. Keadaan itu sekaligus akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik juga akan meningkat. Maka tidak hairanlah jika bil elektrik rumah anda nanti akan menjadi sedikit tinggi dari biasa.

Jadi bagi membantu orang ramai meminimumkan penggunaan tenaga elektrik rumah mereka, Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada memberikan panduan dan cadangan yang boleh diamalkan orang ramai supaya penggunaan elektrik rumah menjadi yang lebih cekap dan efisien. Berikut adalah 9 tips dari TNB cara bijak untuk menjimatkan tenaga di rumah anda:
  • Kurang penggunaan gadget tetapi lebihkan masa bersama keluarga. Jadi gadjet-gadjet peranti pintar dan komputer rumah anda tidak kerap menggunakan tenaga elektrik.
  • Selepas selesai membasuh baju, keringkan baju-baju itu dengan menyidainya di bawah sinaran matahari pada hari cerah. jangan terlalu bergantung kepada mesin pengering baju yang kuat memakan tenaga elektrik.
  • Jangan biarkan barang di dalam peti sejuk anda tidak tersusun. Ini kerana tahukah anda, barangan yang tersesusun kemas di dalam peti sejuk membantu menjimatkan tenaga.
  • Jangan biarkan komputer terus biar terpasang. Jika tidak digunakan adalah lebih baik anda memadamnya sahaja.
  • Rajin seterika baju memang bagus. Tapi sebaiknya kumpul dan gosok baju dengan kuantiti yang banyak sekaligus setiap minggu.
  • Jika rumah anda masih menggunakan lampu bukan LED, sebaiknya gantikannya dengan lampu LED yang lebih jimat tenaga.
  • Jangan amalkan sudah cerah lagi bersuluh. Pada siang hari, pastikan lampu-lampu di dalam rumah sudah ditutup. Pencahayaan semula jadi adalah lebih baik untuk kesihatan mata anda.
  • Membasuh baju sedikit-sedikit dengan kerap akan menyebabkan mesin basuh anda menggunakan banyak tenaga elektrik. Jadi pastikan baju yang ingin dibasuh sudah penuh barulah membuat cucian dengan mesin basuh.
  • Jika rumah anda menggunakan penghawa dingin, pastikan semua pintu dan tingkap rumah anda tertutup rapi ketika penghawa dingin dihidupkan.

Screenshot-15.jpg

Sumber asal https://www.mytnb.com.my/themes/user/mytnb/pdf/Tip_Kecekapan_Tenaga.pdf
 
Bekalan Elektrik Tidak Di Potong Sehingga 30 September

25.08.2021 - Shah Alam, Tenaga Nasional Bhd (TNB) menghentikan aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September depan bagi pengguna dengan bil tertunggak. Syarikat utiliti itu berkata pemotongan juga tidak akan dibuat di kediaman dalam negeri fasa satu Pelan Pemulihan Negara.

“Ini bagi membantu pengguna kediaman yang ada tunggakan bil tidak melebihi enam bulan setakat 31 Disember tahun lalu,” katanya di Facebook hari ini.

TNB meminta pengguna menjelaskan bil menerusi aplikasi myTNB atau layari Portal myTNB bagi mengelakkan tunggakan. Pengguna diminta klik www.tnb.com.my/residential/payment-methods untuk maklumat lanjut. Pada 31 Januari lalu, TNB mengumumkan tidak akan melakukan pemotongan bekalan elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.​

1629889970017.png
 
TNB Beri Diskaun Kepada Pelanggan Komersial Menerangi Bangunan Bagi Memeriahkan Hari Kebangsaan

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini mengajak pengguna komersial menerangi bangunan dan kawasan persekitaran mereka dengan lampu hiasan. Ia bersempena bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-64 tahun ini. Sehubungan itu, TNB menawarkan Insentif Sinaran Merdeka untuk tujuan tersebut. TNB memaklumkan, tawaran ini melibatkan pengguna komersial seperti bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks membeli-belah, hotel dan stesen minyak.

Ia merupakan insentif yang diberikan sejak tahun 2000 lagi yang ditawarkan kepada semua pengguna di bawah tarif perdagangan (tariff B, C1 dan C2) yang telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun (sebelum 1 Ogos 2020), untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September 2021. TNB menerangkan, kadar insentif adalah 20.8 sen/kWj (mengikut kadar tarif Neon & Floodlight) bagi jumlah peningkatan penggunaan elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari bulan Mei, Jun dan Julai 2021.

Manfaat insentif khas ini akan dimasukkan ke dalam bil bulan Oktober 2021 yang akan dipaparkan sebagai ‘Diskaun Karnival’. Promosi Insentif Sinaran Merdeka ini bermula dari 1 Ogos 2021 sehingga 15 September 2021. Pelanggan komersial yang berminat boleh memohon secara atas talian melalui portal myTNB atau membuat permohonan di Kedai Tenaga berhampiran.​

1629895783862.png
 
Rebat, Diskaun Bil Elektrik Tertakluk Kedudukan Kewangan Kerajaan

06.10.2021 - Kuala Lumpur, Sebarang pertimbangan untuk pemberian rebat atau diskaun bil elektrik pada masa akan datang adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Menyatakan perkara itu pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata kerajaan sedar bahawa semua kategori pengguna elektrik terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun 2020.

“Pada 2020 kerajaan memberikan diskaun bil elektrik melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.75 bilion yang dibiayai bersama Kementerian Kewangan melalui dana Kumpulan Wang Covid-19 (KWC), dana Kumpulan Wang Industri Elektrik dan Tenaga Nasional Berhad,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada cadangan Shaharizukirnain Abdul Kadir (PAS-Setiu) pada sesi perbahasan, agar pemberian diskaun bil elektrik kepada pengguna domestik perusahaan mikro kecil dan sederhana yang berakhir pada 30 Sept lepas dilanjutkan hingga Disember ini.

Takiyuddin berkata pemberian diskaun bil elektrik sehingga 40 peratus secara bersasar kepada pengguna domestik dan diskaun lima peratus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi tempoh 1 Julai hingga 30 Sept 2021 di Semenanjung dan Sabah itu, melibatkan peruntukan RM487 juta.

Sementara itu dalam respon kepada isu perlombongan diutarakan Wong Chen (PH-Subang), beliau berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) tidak dikeluarkan untuk perlombongan di atas tanah berstatus Hutan Simpanan Kekal atau rizab perlindungan, serta kawasan yang diwartakan sebagai kawasan sensitif alam.

“Malah Kerajaan Persekutuan juga amat tidak bersetuju jika ada cadangan untuk kerajaan negeri membuat pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal bagi tujuan perlombongan,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/594303
 
Back
Top
Log in Register