BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makhostia utamakan OSH

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Dari kiri (depan), Mokhlis, Baharudin dan Abdul Kahar menandatangani MoU sempena program mentor mentee meningkatkan aspek OSH di tempat kerja masing-masing.


MAKHOSTIA Sdn Bhd, operator air untuk penyaman udara, menyasarkan untuk memperoleh persijilan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), OHSAS 18000 pada tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Mokhlis Khalid berkata, pengiktirafan daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) itu akan memberi lebih keyakinan kepada pelanggan mendapatkan khidmat syarikat tersebut kelak.

“Kami amat menitikberatkan aspek OSH di tempat kerja.

“Sejak kami mula beroperasi pada 2005, semua undang-undang yang ditetapkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan peraturan berkaitan operasi dan komersial, kita patuhi,” katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Doite (Malaysia) Sdn Bhd (Doite) sempena program mentor mentee meningkatkan tahap OSH, di Putrajaya, semalam.

Majlis anjuran DOSH Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu turut dihadiri Pengarahnya, Abdul Kahar Husain dan Ketua Pegawai Eksekutif Doite, Baharudin Bahari.

Menerusi kerjasama itu, Mokhlis berkata, syarikat itu akan berkongsi maklumat dan membimbing Doite ke arah persekitaran kerja lebih baik.

Sementara itu, Baharudin berharap, perkongsian daripada mentor itu akan dapat menambah baik sistem keselamatan bekerja di syarikat tersebut pada masa hadapan.

“Sebagai syarikat kejuruteraan mekanikal dan bahan kimia, memang menjadi satu kemestian untuk lebih faham tentang keselamatan. Sistem keselamatan kita sedia ada perlu penambahbaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Kahar berkata, kedua-dua syarikat itu terikat selama setahun dalam program mentor mentee tersebut dan pihaknya merancang untuk menambah dua lagi pasangan syarikat pada tahun ini.

“Melalui program ini, ia akan membantu meringankan beban mentee sebab mereka perlu keluarkan kos tinggi untuk menghantar pekerja menghadiri kursus berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Bagaimanapun, dengan adanya mentor, pegawai mereka boleh kongsi pengetahuan secara percuma kepada kakitangan di syarikat mentee,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register