BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

makanan keluaran apollo haram

achoy76

Active+ Member
Messages
2,706
Joined
Feb 27, 2008
Messages
2,706
Reaction score
70
Points
35
saya terima email ini tadi. untuk info tuan2. hanya sekadar peringatan. terpulang kepada anda semua menilaikannya. kepada mod jika salah parking maap la ye. kalau astrok maap juga ye.

Kepada semua pengguna2 Muslim,

Saya ingin menasihati anda semua supaya berhenti membeli semua keluaran
Apollo Food Industries terutamanya ibubapa yang selalu membeli makanan
seumpama layer cake, choco stick dan sebagainya yang selalu keluar iklan
di
TV . Kejadian ini berlaku kepada saya sendiri.

Saya selalu juga membeli apollo layer cake dlm kuantiti yg banyak untuk
anak2 saya sebagai makanan ringan. Anak2 juga selalu mendapat product
Apollo
setiap kali ada majlis harijadi disekolah (goodie bag yg disediakan oleh
parents kepada birthday girl/boy tersebut).

Selama ini saya ingatkan product Apollo ni HALAL sebab keluar kat
TV..kalau
tak halal, takkan TV boleh lepas ye tak?

Nak jadikan cerita, suatu hari, saya membeli APOLLO CHOCOLATE LAYER CAKE
yg
plastik pembungkusnya berwarna kuning . Anak2 sempat makan sorang satu.
Entahlah, sudah menjadi tabiat saya, suka membaca ingredient yg tertera
pada
pembungkus makanan, hatta ubat gigi, syampoo dan sebagainya, saya juga
suka
membaca. Mungkin saya mengambil langkah berjaga2 agaknya.

Tetiba saya terpana bila apa yg saya takuti akhirnya terjadi kepada saya
&
keluarga sendiri... APOLLO layer cake yg saya beli mengandungi
Emulsifier
471, yg kita sudah maklum, mengandungi unsur ****.. Astaghfirullah...
Astaghfirullah... Astaghfirullah.. banyak kali saya beristighfar, kerana
anak2 saya sudah memakan cake tersebut.

Saya terus memberitahu mereka supaya jgn lagi memakan APOLLO... APOLLO
HARAM
DIMAKAN !

Saya sertakan SCAN FILE pembungkus APOLLO yg saya maksudkan... Maaflah
kerana Black & White kerana saya x ada scanner kaler.

Saya harap kawan2 sume tolong sebarkan kepada jiran2, kawan2 seagama
supaya
memesan kepada anak2 kita, jgn lagi memakan product apollo ini.. Bukan
saja
Apollo Chocolate layer cake, tapi kita patut BANNED semua product
keluaran
APOLLO kerana semua productnya dikilangkan dikilang yg sama, mesin yg
sama,
bercampur yg halal dan haram...

Yang buat saya paling sedih, Ada logo HALAL pada plastik pembungkus
APOLLO
tersebut...

Marilah kita sama2 membenteras penipuan ini dan semoga Allah ampunkan
dosa2
kita yg telah termakan benda haram ni...


.
__,_._,___
 
sahih ke ni.. kat rumah ada lagi byk stock apollo cake layer tuh.... aduhh
 
waduh...bekalan anak ke tadika nie......:)
 
sahih ke ni.. kat rumah ada lagi byk stock apollo cake layer tuh.... aduhh
saya cuma beri info ape yg saya dapat. untuk kepastian cuba cek kt pek apollo tu ye.
 
Emulsifier
471, nie apa kebendanye???
 
roti high 5 pun sama

entah le saya dapat info kata roti keluaran silverbird pun sama. entah ye atau tidak tak tau la. korang kalau tau kasi info ye
.............................................................
Anda suka kan makan roti n kek nieh….sedap kn??? Hehehe….

ambik info nieh…

Semuga puasa kita di terima ALLAH SWT dengan meninggalkan semua makan yg Haram dan yg ada unsur2 Haram…

Fyi….try tgk paper malay mail

JAKIM & PPIM dah sahkan roti "HIGH 5" dicampur minyak **** dari Jerman hari ini. Boleh rujuk Malay Mail 7 SEPT 2008 .

------------ --
Bukan takat roti jenama hi-5 tapi semua keluaran Silver Bird Group Berhad, parent company depa. Silver birds juga bekalkan produck utk syt direct selling cosway! Yang paling tak syok, fatty chemical depa import dari Israel jenama "Dubur"!
 
Aduan :
Minta pihak JAKIM menyiasat kandungan emulsifier 471 yang terdapat pada ice cream Mini Popper dan cornetto keluaran Wall's. Dan jika kandungan E471 itu adalah dari sumber binatang / tidak halal, minta pihak JAKIM mengambil tindakan untuk mengelak lebih ramai orang Islam termakan benda yang haram ini kerana iklan yang berleluasa di kaca TV. Minta pihak JAKIM melakukan sesuatu untuk menghalang pengeluaran iklan ice cream ini dari tersiar di TV. Atau mungkin pihak JAKIM dapat membuat pengumuman tentang kandungan E471 yang terdapat dalam ice cream tersebut.Sekian, terima kasih
Tarikh Aduan :
11/09/2007 - 17:32:37
Jawapan :
Salam, Kod E adalah kod yang digunakan bagi bahan tambahan makanan seperti emulsifier, pengental, pengawet, perasa,pewarna dan sebagainya. Sumber bahan ini adalah dari tumbuhan, haiwan dan kimia sintetik. Jika sumber itu adalah dari tumbuhan, maka ia tidak kritikal namun JAKIM masih meneliti cara pemprosesannya sebelum memberi pengesahan halal. Namun jika ia dari sumber haiwan, JAKIM akan memeriksa teliti sumbernya mestilah dari haiwan yang halal dan telah diproses/ disembelih mengikut hukum syara'. Pemeriksaan ini meliputi dari bahan ramuan, cara pemprosesan, cara kendalian, pembungkusan dan premis secara menyeluruh. Oleh itu, diingatkan bahawa sumber kod E tidak semestinya berasal dari sumber yang haram kerana terdapat sumber halal yang lain. Bagi syarikat-syarikat pengeluar produk yang telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM, kami telah memastikan bahawa tiada keraguan terhadap ramuannya dengan pemeriksaan dan pemantauan yang teliti.Pengguna tidak perlu panik terhadap kod E tetapi perlu prihatin terhadap sumbernya dan status halalnya. Berkenaan produk aiskrim yang Puan nyatakan, produk tersebut telah mendapat pengesahan halal dari Badan Islam lain yang diiktiraf oleh JAKIM. Terima kasih.

sumber JAKIM
http://www.halaljakim.gov.my/aduan_siar_c.php?id=6179&a=U&PHPSESSID=a144ba265c325a020499665672c56884
 
benda ni rasanya dah dgr sebelum bulan posa lagi, pastu aku dgr staff dari kilang apollo kata diorang punye food sumer halal, berita pasal haram tu tipu
 
Back
Top
Log in Register