BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Makan kurang RM5 sehari, dapat simpan RM700,000

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,551
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,551
Reaction score
4,820
Points
266

Makan kurang RM5 sehari, dapat simpan RM700,000​



LELAKI di China berusia 29 tahun yang mengamalkan gaya hidu jimat cermat luar biasa.
LELAKI di China berusia 29 tahun yang mengamalkan gaya hidu jimat cermat luar biasa.

Beijing: Seorang lelaki China berusia 29 tahun mengejutkan ramai di media sosial dengan gaya hidup berjimat cermat yang luar biasa, apabila mendedahkan hanya membelanjakan beberapa yuan (kurang daripada AS$1 atau RM4.26) untuk setiap hidangan.

Tabiat itu membolehkannya menyimpan sebanyak 1.3 juta yuan (kira-kira RM772,119) dalam tempoh hanya enam tahun, lapor South China Morning Post.
Lelaki itu adalah hos siaran langsung di sebuah syarikat internet utama di Beijing dan turut menguruskan perniagaan media kendiri. Pendapatan sebenar beliau tidak didedahkan.

Baru-baru ini, dia mendedahkan bahawa perbelanjaan bulanannya untuk makanan dihadkan kepada kurang daripada 500 yuan (kira-kira RM296) yang menyumbang kepada jumlah simpanan mengagumkan, sejak tamat pengajian universiti enam tahun lalu.


Perbelanjaan bulanannya yang paling besar adalah sewa rumah, sekitar 2,500 yuan (kira-kira RM1,484), manakala semua makanannya dimasak sendiri di rumah dengan kos hanya beberapa yuan setiap hidangan dan secara purata kurang daripada 500 yuan (kira-kira RM296) sebulan.

Amalan berjimat cermat yang melampau ini berpunca daripada pengalaman traumatik semasa zaman kanak-kanak. Ketika berada di Tahun Lima, ibunya jatuh sakit teruk dan keluarganya terpaksa meminjam lebih 100,000 yuan (kira-kira RM59,393) untuk kos rawatan.

"Kami tidak mampu bayar bil perubatan. Sejak itu, saya rasa saya perlu menyimpan sebanyak mungkin. Dengan cara itu, apa pun yang berlaku, saya tidak perlu bergantung pada orang lain kerana ada duit sendiri dan rasa lebih selamat.

"Sebelum ibu sakit, saya tidak faham mengenai duit. Pengalaman itu buat saya sedar betapa pentingnya wang terutamanya dalam waktu sukar. Tanpanya, kita tidak mampu berbuat apa-apa," katanya dalam satu temu bual bersama Jiupai News.

Beliau mula bekerja sambilan sebaik sahaja selesai peperiksaan masuk universiti kebangsaan China dan sejak itu bekerja setiap hari tanpa benar-benar bercuti.
"Saya jarang sekali bercuti dalam enam tahun ini, kecuali jika ada kematian ahli keluarga. Saya tidak ambil cuti bahkan semasa Tahun Baru Cina, saya tak pernah ambil cuti penuh tujuh hari.

"Mungkin susah untuk percaya, tetapi saya memang tidak ada keinginan untuk bersantai. Bukan sebab saya kedekut kerana saya pernah pergi ke tempat seperti Universal Studios dan melancong ke Sanya tetapi semuanya atas urusan kerja.
Lepas merasainya, saya dapati tiada apa yang benar-benar menyeronokkan bagi saya," katanya.

Dia mengakui bahawa gaya hidup yang intensif itu menjejaskan kesihatannya. Selepas bertahun-tahun bekerja lama dan berada di bawah tekanan tinggi, dia mula mengalami tanda-tanda seperti kolesterol tinggi dan masalah peredaran darah.
Akibatnya, dia kini lebih cenderung untuk melabur dalam kesihatan diri dan kesejahteraan ibu bapanya.

Dia mendedahkan bahawa kini dia memiliki simpanan sebanyak 1.3 juta yuan (kira-kira RM772,119) juta) dan bercita-cita untuk mengumpul 2 juta yuan (kira-kira RM1.18 juta) bagi membeli rumah dan kereta supaya ibu bapanya dapat hidup dengan selesa dan melancong.

 
Back
Top
Log in Register