BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis peringati Steve Jobs

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
SAN FRANCISCO 20 Okt. - Steve Jobs diberi penghormatan di dalam dan di luar talian Internet semalam, dengan ucapan takziah mencurah-curah ke laman web khas yang diwujudkan oleh Apple bagi memperingati pengasasnya dan beberapa premis ditutup bagi menghormati mendiang.

Pintu-pintu dikunci dan langsir diturunkan di premis Apple bagi membolehkan pekerja mengikuti upacara peringatan persendirian yang diadakan di ibu pejabat syarikat Apple di bandar Cupertino, utara California.

Premis perniagaan Apple dibuka semula pada tengah hari, dua jam selepas upacara itu bermula.

Pekerja-pekerja dari pejabat satelit Apple membanjiri bangunan utama untuk memberi penghormatan kepada mendiang Jobs yang mengubah kehidupan moden dengan ciptaan gajet iPhone, iPod dan komputer Macintosh.

Video yang dirakam dari helikopter memaparkan kawasan ibu pejabat Apple sesak dengan orang ramai.

Orang ramai yang hadir pada upacara peringatan itu turut memaklumkan dalam laman web Twitter bahawa bintang muzik, Coldplay dan Norah Jones membuat persembahan sebagai tanda penghormatan kepada Jobs.

"Upacara peringatan itu amat mengagumkan!," jelas satu mesej Twitter dari seorang lelaki yang berasal dari Silicon Valley mendakwa dirinya sebagai pengambil pekerja untuk pasukan pengendalian perisian Apple peranti mudah alih.

Upacara itu dilaporkan berakhir dengan persembahan dari lagu Randy Newman, You've Got a Friend in Me yang dipaparkan dalam filem blockbuster Toy Story, keluaran studio Pixar yang ditubuhkan oleh Jobs. - AFP
 
Back
Top
Log in Register