BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis Penerbitan Buku Agama Akan Ditubuh Dalam Masa Terdekat - Zulkifli

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,136
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,136
Reaction score
346
Points
141

Majlis Penerbitan Buku Agama Akan Ditubuh Dalam Masa Terdekat - Zulkifli​

613d446fa5dc8a9ee37733c2b9349c146a1ffa719877e

2cb091327d5cb8de3d5147ba27b6332e6a1ffa9a918d3

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menurunkan tandatangan sebagai gimik pada Majlis Perasmian Pavilion Baitul Hikmah Madani dan Peluncuran Buku Baharu Agensi-agensi di bawah JPM bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini. Turut sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Marhamah Rosli (kanan) dan Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr Hasan Bahrom (dua, kiri). -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Majlis penerbitan buku agama akan ditubuh dalam masa terdekat bagi mengukuhkan lagi industri penerbitan buku ilmiah Islam di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata majlis itu, yang menghimpunkan ramai penerbit, akan berfungsi sebagai platform bagi meneroka peluang kerjasama, berkongsi idea dan mencetuskan gelombang baharu dalam industri penerbitan buku agama berimpak tinggi pada masa hadapan.

Zulkifli berkata penubuhan majlis itu tepat pada masanya susulan perkembangan positif industri berkenaan yang menyaksikan semakin banyak karya berkualiti dihasilkan oleh penerbit tempatan dan agensi hal ehwal agama di Malaysia.

“Pada masa yang sama, saya berhasrat supaya buku-buku kita dapat dieksport dan dipasarkan ke luar negara sama ada di rantau Asia Tenggara mahupun pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pavilion Baitul Hikmah MADANI dan pelancaran buku baharu terbitan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli.

Mengulas mengenai pelancaran buku baharu, Zulkifli berkata sebanyak 27 karya merentasi pelbagai tajuk dan kategori telah diterbitkan oleh agensi di bawah jabatan berkenaan.

Beliau turut mengajak rakyat memperkukuh budaya membaca bagi melahirkan masyarakat berilmu selaras dengan hasrat MADANI Membaca.

“Kita ingin mengajak seluruh rakyat supaya tidak hanya mendengar ceramah dan sebagainya tetapi juga menekuni karya serta buku ilmiah yang terbaik supaya dapat menambah keilmuan kita,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register