BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Main forex oleh IB

Atlantis: Dah cuba 2-3 kali utk PM.. masih belum berjaya lagi.. needs 20post dlm firasat ku atlantis ni.. ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama.. terutamanya InstaForex tu.. maybe boleh kongsi kut.. :-? email [email protected]

lagi 5 pos je.
pangkah je apa2 kat sini. cukup ler nanti :))

ko tanya je apa kat sini, kalau agak personel nanti baru la pm.
masa tu, mesti dah cukup 20post :D
 
Aku amat menghormati kejujuran anda disini.. sebab tu aku cari satu platform forum yang terbaik seperti CG ni.. untuk aku memulakan bermain forex.. aku punya posting kat sini pun baru 8 posts.. tak boleh nak PM kat sesaper pun.. segala permasalahan aku akan tulis di forum ni.. sebagai permulaan aku dapat rumuskan bahawa nak main forex MAIN SENDIRI.. jangan mengharapkan IB.. itu yang aku faham.. PERSOALANnya.. bilakah masa yang sesuai untuk saya mulakan nak trade FOREX NI.. EBOOK DAH BACA.. METATRADE4 pun dah ader.. dah cuba main DEMO.. tapi masih tak berani nak main sendiri.. sebab macam x berapa confidence.. modal adalah USD5000.00.. ada tak forumer disini yang nak bagi IDEA TERBAIK untuk saya mulakan bermain FOREX ni.. saya percaya anda semua orang yang jujur.. coz memberi pendapat DUIT SENDIRI MAIN SENDIRI.. UNTUK PENGTAHUAN SEMUA IB TU BERMAIN DI PLATFORM CROWN FOREX N INTERBANK.. PANDANGAN DARI ANDA SEMUA AMATLAH DIHARGAI SEMUGA KITA AKAN MENJADI SHABAT YANG BAIK..


saya ada satu pandangan :

lebih kurang macam ni.. disebabkan platform adalah crown forex n interbank.. kalau kamaza pilih utk suruh IB trade... tu sebenarnya cuma managed account shj. kamaza akan ada account atas nama sendiri.. lepas tu benarkan trader (dlm kes kamaza adalah IB kamaza sendiri) buat trading atas akaun kamaza. kamaza dan manager account kena ada satu lagi perjanjian pemberian komisyen...

pada saya.. kalau kamaza yakin dengan pencapaian / prestasi manager account/trader/IB kamaza.. itu tak jadi masalah.

Sebab konsepnya sama dengan managed account by Zulutrade, FXCM (setakat yg saya tau)...

Saya syorkan : bukan letak semua duit dalam managed account tu.. Boleh bukak dua akaun, satu kita trade sendiri, satu lagi managed by kita punya IB.. Kalu bg semua duit kat org pun tak guna jugak..

Cuma pastikan :
1. Akaun atas nama sendiri..
2. Butiran kena jelas dengan IB dari segi komisyen... dan perjanjian perlu jugak diserahkan kepada crown forex dan Interbank.

3. Perlu tau macam mana nak hubungi interbank/crown forex supaya kalau ada conflict of interest between you dan iB.. kamaza boleh block access IB ke akaun kamaza. (harap2 tidak berlaku).

4. Kena faham... akan ada trade yg rugi... tp yg penting.. pastikan akaun sentiasa bertambah equity daripada modal.

p/s: kalau platform sampah.. macam gcfx ..farflex.. awal2 lagi saya bangkang
 
Last edited:
Trader Yang Budiman Nak Tanya Lagi Ni.. U All Semua Yang Dah Jadi Trader Professional Ni Tak Mohon Jadi Ib Kerr.. Apa Perlunya Jadi Ib Ni.. Satu Lagi Betul Ker Ib Tu Kata Nak Jadi Trader Dengan Crown Forex Mesti Malalui Ib.. Confius Lah Teman.. Dan Sebenarnya Apa Peranan Ib Ni.. Kalau Boleh Memang Saya Nak Trade Sendiri.. Harapdapat Pertolongan Daripada Anda Semua

Kena faham betul2 maksud dia...

1. kalau kita jadi trader utk akaun kita sendiri... kalau dia kata ayat kat atas tu.. maksudnya dia SCAM kita.. sebab nak buka akaun sendiri n trade akaun sendiri (trader jugak, tp akaun sendiri), tak semestinya kena melalui IB.. direct dengan broker pun boleh..

2. Tp kalu kita nak trade akaun org lain.... so berkemungkinan ayat tu betul... kena jadi IB/ melalui IB.. sebab apa2 hal B yg tanggung.. heheheheee.... kalau trader ngok ngek... funder boleh report ker broker supaya nyahkan IB tu dari muka bumi...

Cek balik gaya n maksud IB tu... supaya kalau perkara 1. kita nampak ada conflict of interest kat sini..

dalam CG ada banyak IB .. boleh ricky2 thread mereka utk tanya, betul ker nak trade kena melalui IB... IB utk broker lain pun ada... tak boleh tulis.. kang kalu tulis kena tulis semua.. heheheeeeheheheee.. supaya adil dah saksama...
 
Last edited:
Cek dgn iB.. berapa modal yg dia perlukan utk satu2 jenis akaun yg dia nak trade... USD 3k, USD 5k, USD 10k??? Kalau melampau2.. tak payah ler....

kita ada 3 jenis akaun.. standard.. mini.. micro... kalu dia kata USD 10 k utk akaun standard.... heheheeee. kita boleh bgtau... kita berani labur USD1k shj utk akaun mini... (untung mmg kurang.. dari dari segi konsep penisbahan dan money management, 1OkUSD utk akaun standard berkadaran USD1k utk akaun mini..--> dengan laverage yg sama)

kalau dia tanya berapa yg kita ada.. (biasalaaa.... kalau g kedai nak baiki keta.. mesti tokey tu tanya.. lu ada berapa budget)......ni nak perangkap kita.... bgtau jerlaaa kita ada jumlah yg kecik.... supaya kita ada spare utk hal2 akan dtg..

Awas... jgn terpengaruh sangat dengan janji cepat kaya/keuntungan maksima... dalam hal forex... kepastian n keyakinan adalah penting.. keraguan perlu ditolak.. biar lambat asal selamat... bila yakin baru hentak... usah takut rugi dalam untung.. yg penting... masyukkkkkkkkkkkkk...
 
Last edited:
Servis yg diberikan oleh IB biasanya cuma dalam hal2 berkaitan pengurusan akaun/berhubungan dengan broker dari segi deposit.. widthrawal.. dsb... IB dapat komisyen bila ada akaun baru dibuka melalui mereka... ada IB yg bagi servis beri signal utk account holder dengan mrk... sama ada percuma atau charge lain..tu terpulang laaaa pada IB...
 
penerangan yg lengkap :)cgrock
 
dlm forex... setiap kali kita enter pos... berjaya untuk kena SL adalah lebih mudah dicapai berbanding berjaya kena TP...:D :D
 
keskeskes... sbl nak bagi org trade tu baca habih2 ye LPOA tuh.. kalau tak paham... bukak kamus translate sampai faham each words...

lg satu.. mana ada org leh gerenti tak loss .. haiyoooo...yg penting minimumkan drawdown (supaya ko tak cuak) ... cut the loss short ! let the profits win .. lantok lah what kind of system pun ..

aku pun IB gak .. pun offer managed acct gak .. tapi takde lah merapu meraban acct 1k usd pi trade pakai std lot .. tu carik nahas namanya...
 
dlm forex... setiap kali kita enter pos... berjaya untuk kena SL adalah lebih mudah dicapai berbanding berjaya kena TP...:D :D


jadi takyah letak SL lah camtu.. :D :D kompom tak kena... tapi leh kena gigitan cinta Cik Marginah shj .. :p
 
dlm forex... setiap kali kita enter pos... berjaya untuk kena SL adalah lebih mudah dicapai berbanding berjaya kena TP...:D :D

hmm..camni kalu eh try letak tp kt sl, sl kt tp..:))
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.16321
USD / JPY
159.952
GBP / USD
1.34454
USD / CHF
0.78786
USD / CAD
1.38880
EUR / JPY
186.058
AUD / USD
0.71305
Back
Top
Log in Register