BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAIK Perluas Pendidikan Tahfiz, Kampus Siswi Tampung 60 Pelajar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MAIK Perluas Pendidikan Tahfiz, Kampus Siswi Tampung 60 Pelajar​

2b2f1ab6734b8af19269b25d62247d846a8ad104a8595

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra (kanan) berkenan menandatangani plak perasmian Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (Kampus Siswi) sambil disaksikan Yang Dipertua MAIK Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (dua, kiri) pada Perasmian Darul Quran MAIK (Kampus Siswi) di Sungai Pinang,hari ini.

Turut berangkat, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid (kiri).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperkukuh pendidikan tahfiz al-Quran menerusi penubuhan Darul Quran MAIK (Kampus Siswi) di Sungai Pinang, di sini.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata penubuhan kampus itu ialah langkah strategik bagi memperluas peluang pendidikan tahfiz al-Quran kepada pelajar perempuan, susulan peningkatan permintaan terhadap pengajian berkenaan.

Beliau berkata kampus yang mula diwujudkan pada 2023 itu kini mampu menempatkan hingga 60 pelajar, berbanding 30 pelajar di kampus terdahulu, selain dilengkapi kemudahan pembelajaran dan prasarana yang bersesuaian.

“Kampus baharu di Sungai Pinang, Tumpat ini kini mampu menempatkan hingga 60 pelajar, berbanding kapasiti 30 pelajar di kampus terdahulu, selain turut dilengkapi pelbagai kemudahan pembelajaran dan prasarana,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Darul Quran MAIK (Kampus Siswi) di sini hari ini.

Perasmian kampus berkenaan disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra. Turut berangkat Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Tengku Mohamad Rizam berkata pembangunan kampus itu turut diperkukuh menerusi sumbangan wakaf, termasuk tanah dan bangunan daripada Md. Rasid Mohammad serta manfaat wakaf berjumlah RM296,180 daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi penyediaan aset Darul Quran MAIK.

Beliau berkata menerusi kerjasama dengan Darul Quran dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), institusi itu menawarkan Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat yang diiktiraf serta mematuhi standard akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Tahun ini juga Darul Quran MAIK berjaya melahirkan sembilan alumni siswi daripada kohort pertama Kampus Siswi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register