BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah bukan pasar!

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PERKATAAN diskaun lazimnya dikaitkan dengan jualan murah dan pusat beli-belah. Namun, ramai tidak tahu mahkamah turut memberikan diskaun!

Diskaun dalam bentuk hukuman yang lebih ‘ringan.’ Ia ‘dihadiahkan’ kepada tertuduh yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Dua penghakiman Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan) seringkali dipetik sebagai autoriti apabila peguam merayu agar anak guam mereka yang mengakui kesalahan diberikan ihsan oleh hakim melalui peringanan hukuman.


Pertama kes Sau Soo Kim lawan Pendakwa Raya (1975) dan kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang lawan Pendakwa Raya (1988).

Dalam kes Sau, Hakim Besar Borneo (ketika itu), Tan Sri Lee Hun Hoe dalam penghakimannya menegaskan penjenayah biar setegar mana pun seharusnya diberikan diskaun hukuman jika mereka mengakui kesalahan yang disandarkan.


Penghakiman kes Abdullah Ang pula menyebut seseorang tertuduh yang mengakui kesalahan seharusnya diberikan diskaun 25 peratus hingga 30 peratus ke atas hukuman yang bakal dijatuhkan seandainya perbicaraan penuh dijalankan dan tertuduh didapati bersalah.


Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Mohamed Azmi Kamaruddin yang mengadili kes itu antara lain berkata: “Secara umumnya adalah diterima seseorang yang mengaku bersalah diberikan pengurangan hukuman antara satu dan satu pertiga daripada hukuman yang bakal dijatuhkan.” Namun, amalan pemberian diskaun ini tidak diterima pakai dalam semua kes di mahkamah jenayah di Malaysia.

Dan itu yang berlaku dalam kes pembunuhan Subramaniam Ganesan. Mangsa, seorang warga India, dibunuh rakan senegaranya, Murugesan Muniyandi. Mengikut pertuduhan, Murugesan didakwa melakukan kesalahan itu pada kira-kira jam 3 pagi, 23 Februari 2006 di Lot 239Y, Jalan Kampung Jawa, Batu 3 1/2, Klang.


Pada mulanya Murugesan dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.


Bagaimanapun, apabila prosiding bermula pada 14 Julai 2008, timbalan pendakwa raya menawarkan pertuduhan pilihan kepada Murugesan mengikut Seksyen 304 (a).


Lantaran, tertuduh mengaku bersalah. Hukuman mengikut seksyen baru itu adalah penjara maksimum 20 tahun dan denda.


Memperhitung pengakuan bersalah dan fakta berkaitan kesalahan, hakim Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun ke atas Murugesan berkuat kuasa daripada tarikh tangkapan pada 24 Februari 2006.


Dalam keputusannya hakim menulis: “Saya memerintahkan tertuduh dipenjara 11 tahun selepas memberikan diskaun tiga tahun daripada pemenjaraan 14 tahun yang akan saya jatuhkan seandainya dia didapati bersalah selepas perbicaraan penuh.” Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya tidak berpuas dengan hukuman dan sehubungan itu mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan pemberatan seksaan ke atas Murugesan.


Timbalan pendakwa raya berhujah hukuman jel 11 tahun tidak memadai dan hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mempertimbang fakta kes dan mengambil kira kepentingan umum.


Menurutnya, Murugesan seharusnya diberikan hukuman berat dan tidak ditawarkan diskaun kerana jenayah yang dilakukannya kejam.


Apa sebenarnya dilakukan Murugesan? Dia adalah saudara kepada Subramaniam. Si mati bekerja sebagai tukang gunting rambut dan tinggal bersendirian di tingkat satu sebuah rumah kedai tempat kejadian berlaku. Pada kira-kira jam 11.30 malam, 22 Februari 2006, Murugesan menemui Subramaniam dan berlaku pertengkaran yang berakhir dengan pergaduhan di antara mereka. Murugesan cedera di kening kanan dan kaki kiri. Apa yang berlaku tidak berakhir di situ. Pada kira-kira jam 3 pagi esoknya, Murugesan pergi ke bilik si mati. Ketika itu Subramaniam sedang tidur.


Murugesan memanas minyak masak dalam kuali. Apabila ia menjadi panas, dia mencurahkannya ke atas badan si mati. Subramaniam terjaga dan cuba menangkap Murugesan, tetapi dihentam dengan kuali panas dan mukanya dibaling dengan serbuk kari. Subramaniam meninggal dunia pada 1 Mac 2006. Bedah siasat mendedahkan muka, leher, bahagian depan dan belakang, kedua-dua bahu dan tangan si mati melecur teruk. Kematian disahkan berpunca daripada luka teruk.


Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hasan Lah, yang mendengar rayuan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Munahyza Mustafa, baru-baru ini memutuskan Murugesan tidak layak mendapat diskaun kerana jenayah yang dilakukannya kejam.


“Satu fakta penting kes ini ialah Murugesan mencurahkan minyak yang menggelegak ke atas si mati ketika mangsa tidur. Subramaniam tidak mati serta-merta, tetapi meninggal tujuh hari kemudian.


“Fakta ini dengan jelas menunjukkan Murugesan sememangnya merancang jenayah yang dilakukannya. Pembunuhan itu kejam dan ganas. “Kepentingan umum maha mustahak. Jenayah ganas mengakibatkan kematian yang dilakukan dengan perancangan harus dikenakan dengan hukuman berat sebagaimana diperuntukkan undang-undang,” katanya.


Beliau turut memetik penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwa Raya lawan Kanadasan Sankaran & Anor (2010) untuk menekankan betapa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak betul.


Dalam kes itu Mahkamah Rayuan antara lain menyebut: “Mahkamah keadilan bukan pasar. Perkataan diskaun dalam menjatuhkan hukuman apabila seseorang tertuduh mengakui kesalahan tidak seharusnya digunakan sewenang-wenangnya.” Hasan membenarkan rayuan pendakwa raya dan memberatkan hukuman ke atas Murugesan kepada 18 tahun.


Penulis adalah wartawan Harian Metro


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mahkamahbukanpasar_/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register