combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merujuk empat persoalan undang-undang berkaitan Akta Hasutan ke Mahkamah Persekutuan.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati Muhyiddin selaku pemohon telah memenuhi semua ujian seperti yang dikehendaki undang-undang, yang dinyatakan dalam kes Wee Choo Keong v. Lee Chong Meng yang diputuskan mahkamah sebelum ini di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
"Persoalan perlembagaan yang ingin dirujuk mempunyai kaitan langsung dengan perkara yang dipertikaikan di hadapan saya dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan memberi kesan kepada penyelesaian perkara yang dipertikaikan dengan pantas.
"Persoalan perlembagaan yang ingin dirujuk adalah sukar dan ia perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk penyelesaian," kata Muhammad Jamil sambil menambah bantahan pihak responden juga tidak mempunyai merit.
Hakim itu juga memerintahkan prosiding kes hasutan di Mahkamah Tinggi digantung sementara menunggu permohonan berhubung persoalan undang-undang diputuskan di Mahkamah Persekutuan.
Antara persoalan yang dipertikai adalah sama ada Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 3(3) akta sama terjumlah kepada suatu sekatan yang tidak munasabah dan bercanggah Fasal 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, dan sama ada Seksyen 3(2) akta serupa yang dibaca bersama Seksyen 3(3) akta sama adalah tidak berperlembagaan kerana bercanggah hak tertuduh mendapatkan perbicaraan yang adil.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani manakala Muhyiddin diwakili peguam Datuk Amer Hamzah Arshad.
Pada 4 Feb lEPAS, Muhyiddin, 78, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu, antara 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos 2024.
Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan beliau tidak dijemput Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.
Mahkamah Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Undang-undang Ke Mahkamah Persekutuan
mahkamah, Muhyiddin Yassin, Akta Hasutan 1948, Mah