BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Batal Saman Waytha Moorthy Terhadap Anwar, Arah Bayar Kos RM80,000

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
81bf18fc13c9e8c5bad385264db1e9796937ee3e36f0b


Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan saman pemula difailkan P. Waytha Moorthy bagi mencabar pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tambun.

Hakim Alice Loke Yee Ching, ketika membenarkan permohonan itu, memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan kerana sebarang cabaran membabitkan isu pilihan raya perlu dikemukakan melalui petisyen pilihan raya.

“Saman ini tidak dapat dipertahan atau dihujahkan... plaintif tidak mempunyai harapan untuk berjaya… oleh itu, permohonan bagi membatalkannya adalah dibenarkan,” katanya.

Berita lanjut menyusul.

 
Back
Top
Log in Register