• Forum searching still not well functioning . We have already working on it.

Mahfuz umum keluar Pas.

Recommended Brokers


Latest Threads

hj_maikel

CG Top Poster Club
Joined
May 19, 2010
Messages
28,384
Reaction score
1,785
Points
0
Location
semenanjung emas
Berita Harian

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dijangka umum menyertai Parti Amanah Negara secara rasmi hari ini. Sedang tunggu sidang media beliau di Parlimen.


KOTA BHARU - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dinasihatkan untuk keluar Pas daripada terus mengkritik dan menyerang parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, seharusnya pemimpin itu keluar parti memandangkan apa yang dikritiknya sebelum ini langsung tidak diambil peduli oleh parti.

“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam Pas tapi serang Pas. Kritik Pas, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam Pas,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahfuz yang didakwa berkata Pas tidak perlu menunggu muktamar parti itu April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR kerana Pas sudah mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
Sehubungan itu, Mahfuz mencadangkan Pas menarik diri daripada kerajaan Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.
Mengulas isu tersebut, Mohd Amar berkata, Pas tidak mengambil kira apa yang dinyatakan Mahfuz itu dan pemimpin tersebut diminta meninggalkan parti jika benar-benar tidak berpuas hati dengan perjuangan, keputusan dan apa sahaja yang dibuat dalam parti.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/mahfuz-boleh-keluar-pas-jika-tidak-puas-hati-1.628934


Kritikan mahfuz pada pas:

SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad serta Exco Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor didesak melepaskan jawatan kerana Pas telah membuat keputusan dasarnya untuk tidak menjalinkan apa-apa kerjasama politik dengan Amanah dan DAP.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, Pas secara tegas dan jelas menolak hasrat Bersatu untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas dan akan memutuskan hubungan kerjasama dengan parti PKR.

Menurutnya, Pas tidak perlu menunggu sehingga muktamar akan datang untuk mengumumkan hubungannya dengan PKR.

“Alasan yang diberikan jelas, Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menjalinkan hubungan kerjasama denga parti DAP dan Amanah manakala hubungan dengan PKR akan diputuskan semasa muktamar parti sudah tentu mengecewakan dan menjarakkan rakyat dari Pas,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mahfuz, oleh itu secara prinsipnya hubungan kerjasama Pas dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ini bermakna Pas perlu menarik diri dari kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor dan melepaskan semua jawatan Exco, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, JKKK, ketua kampung, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan apa-apa jawatan lantikan politik dengan segera secara berprinsip.

“Sudah terang lagi bersuluh, PKR sepertimana Bersatu sudah mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan Amanah malah telah menandatangani 'perjanjian kerjasama politik' untuk meranapkan kuasa politik Umno/BN pada PRU14 akan datang
“Adalah lebih baik untuk Pas mengelakkan dari apa-apa persepsi atau tanggapan serong yang menampakkan Pas masih sayang pada kebendaan dan ketamakan kuasa yang diperolehi hasil dari kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya.
Mahfuz berkata, berdasarkan keputusan yang dinyatakan Pas, semua parti pembangkang sudah boleh merumuskan PRU14 akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru termasuk Pas juga sudah boleh merancang 'strategi tiga penjuru' untuk memastikan Umno/BN dikalahkan pada PRU14.

“ Usah lagi menghabiskan masa dengan agenda pujuk rayu untuk Pas menyertai gabungan pakatan pembangkang, sebaliknya semua parti termasuk Pas perlu tumpu kepada usaha 'pujuk rayu rakyat' untuk menolak Umno/BN pada PRU 14 nanti,”katanya.

“ Sayu dan sedih dengan keputusan Pas mengenang nasib rakyat yang tertindas dan terbeban akibat salah guna kuasa Umno/BN 'merompak wang rakyat'. Rakyat sangat mengharapkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad lalu berkata, Pas tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan Amanah dan DAP manakala kerjasama dengan PKR akan diputuskan semasa muktamar pada April akan datang," katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dalam sesi temu bual bersama Sinar Harian menegaskan parti itu masih berminat menjalin hubungan dengan Bersatu kerana parti itu tidak mempunyai apa-apa ikatan rasmi dengan DAP.

Menurut Nasrudin, Bersatu cuma wujudkan persefahaman, tapi jika mereka ingin bersama Pakatan Harapan dan ingin ajak Pas masuk Pakatan Harapan itu tidak akan mungkin berlaku.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-kena-lepas-jawatan-dalam-kerajaan-selangor-1.628322

:))

#UPDATED 4

Mahfuz umum keluar Pas



ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar umum keluar Pas berkuatkuasa jam 11.59 malam ini.


Bercakap pada sidang media di Royale Signature, Alor Setar sebentar tadi, beliau berkata buat masa ini belum putuskan untuk sertai mana-mana parti politik.

Mahfuz berkata, beliau akan berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas sehingga satu pengumuman baru dibuat tahun depan sebelum PRU14.

Mahfuz menjadi ahli Pas selama 34 tahun sejak 12 Mac 1984.


http://www.sinarharian.com.my/politik/mahfuz-umum-keluar-pas-1.777021
#updated 3

Mahfuz diminta letak jawatan, sertai parti lain

ALOR SETAR - Datuk Mahfuz Omar diminta agar meletak jawatan dan menyertai parti lain daripada terus menjadi 'duri dalam daging' dan mempergunakan jawatannya untuk mengkritik Pas.

Pemangku Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim berkata, ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak perlu terikat dengan sumpah bai'ah parti kerana beliau telah banyak melakukan tindakan yang menunjukkan beliau bukan lagi ahli Pas.

"Menurut Fasal 11 (4) perlembagaan Pas, mana-mana ahli mestilah patuh pada perlembagaan parti dari semasa ke semasa. Justeru mana-mana ahli yang tidak patuh dengan keputusan parti, dia bukanlah ahli Pas walaupun dia mendakwa dirinya sebagai ahli," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mahfuz yang merupakan YDP Pas Pokok Sena sebelum ini mengisytiharkan dirinya bercuti selama sembilan bulan bermula 1 Februari hingga 30 Oktober 2016, bagaimanapun beliau dilapor tidak menyambung tugasnya sebagai YDP selepas tempoh tersebut.

Setelah bermesyuarat, Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan kemudiannya mengeluarkan surat pemberhentian sebagai YDP dan AJK Pas Pokok Sena kepada Mahfuz pada November 2016, sebelum Wan Romani dilantik memangku jawatan itu sehingga kini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tak dosa bersama DAP, Amanah]

Wan Romani berkata Mahfuz dilihat agak melampau apabila sering menggunakan kedudukannya sebagai Anggota Parlimen untuk mengkritik pemimpin dan dasar parti, kononnya mendapat mandat dan mewakili golongan bawahan.

"Dia cakap janganlah retorik, sebenarnya dia bertopeng saja, walau dia anggota pimpinan dan bekas pimpinan parti, syarat ahli mesti mematuhi perlembagaan Pas dan mestilah mengikut arahan parti dari semasa ke semasa.

"Sebagai anggota parlimen yang menang kerana kerja keras peringkat kawasan dan cawangan, dia sepatutnya patuh pada keputusan parti. Sepatutnya pemimpin yang tiada integriti tidak layak duduk dalam Pas," katanya.

Mahfuz sebelum ini dilihat secara terbuka mengkritik dasar parti dan pemimpin Pas malah bekas baib presiden Pas itu juga sering dilihat berada sepentas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/mahfuz-diminta-letak-jawatan-sertai-parti-lain-1.634595

Ps:Mahfuz duk spentas dgn ph salah.. hjhadi and the gangs duduk spentas dgn najib boleh pulak..... jilake..
Update 2

'Saya tak boleh halang Presiden Pas'

SHAH ALAM - "Sekiranya Presiden Pas, (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) mahu tindakan tatatertib dikenakan ke atas saya, maka saya tidak boleh menghalangnya," demikian reaksi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mengakui beliau bukanlah individu yang berkuasa menentang Abdul Hadi, Mahfuz berkata, keputusan Abdul Hadi sebagai ulamak besar dalam parti harus dihormati.

"Saya berjiwa besar. Apa yang ulama besar nak kata kepada saya, saya tidak akan terasa. Apa yang saya buat (mengkritik dan menegur parti) dalam kerana saya sayangkan parti.

"Saya tidak mahu rakyat mempunyai tanggapan yang Pas adalah parti yang tidak boleh ditegur," beliau berkata demikian kepada Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan meminta Mahfuz meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi minta Mahfuz tinggalkan Pas]

Beliau menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang telah ditetapkan dalam parti itu.

Sementara itu, Mahfuz menegaskan beliau tidak akan mengundur diri dari parti hanya semata-mata diminta berbuat demikian.

Kata Mahfuz, beliau akan terus kekal dalam Pas demi mengimbangi suara dan prinsip parti dalam dunia politik tanah air.

"Beliau (Abdul Hadi) seorang ulama, beliau bolehlah bercakap tentang maruah. Siapalah saya ini untuk bercakap soal maruah. Saya hanya insan yang kerdil dalam parti.

"Kalau mereka tidak terima, saya tidak boleh buat apa-apa. Namun saya tidak akan keluar daripada Pas," katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/saya-tak-boleh-halang-presiden-pas-1.630316

:)) :)) :)) Hjhadi kena game ngan mahfuz... :)):)):))

Update 1
Hadi minta Mahfuz tinggalkan Pas


MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang Pas.

“Kalau orang Pas dia kena ikut cara Pas. Kalau dia tidak mahu ikut cara Pas dia kena keluar. Itu lebih baik.

"Saya sokong macam kenyataan (Naib Presiden Pas) Datuk Nik Amar (Nik Abdullah),” katanya ketika ditemui di Rusila di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mahfuz boleh keluar Pas jika tidak puas hati]

Beliau menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang telah ditetapkan dalam parti itu.
Dalam pada itu, beliau juga Ahli Parlimen Marang itu turut mengesahkan menerima aduan dari akar umbi malah Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik parti itu.

“Kita menerima laporan daripada kawasan-kawasan masing-masing bukan (laporan) secara peribadi. Laporan kawasan sendiri... Pokok Sena, termasuk kawasan-kawasan lain juga pun hantar dan mereka tidak menyokong pimpinan yang begitu.

“Ahli-ahli Pas yang bekerja tidak mahu pemimpin mereka begitu…kalau dia ada maruah, ada (harga) diri dia perlu letak jawatan daripada parti termasuk juga wakil rakyat kerana rakyat pilih dia di atas nama Pas bukan atas nama batang tubuh dia.

“Biar dia letak (jawatan)…Kalau dia ada maruahlah,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan mengambil tindakan hanya berdasarkan laporan media.

“Kita cermat dan teliti dan tidak mengambil tindakan berdasarkan laporan media sahaja, mesti laporan dari kawasan daripada cawangan. Saya dimaklumkan laporan sudah dihantar kepada jawatankuasa disiplin, terpulang kepada jawatankuasa disiplin.

“Itu (nasib Mahfuz) terpulang kepada jawatankuasa disiplin, disiplin ini.. sama ada diberi amaran, diberi nasihat, di gantung ahli atau dipecat…Itu (keputusan) jawatankuasa disiplin,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/hadi-minta-mahfuz-tinggalkan-pas-1.630124


:)):)):))
 
Last edited:
Sponsored Post

johor1976

Super Active Member
Joined
May 7, 2016
Messages
8,975
Reaction score
537
Points
0
Cari la jln nak berdamai. Buat apa suruh org keluar parti.
Mcm ajk surau punye perangai.
 

oldskoolrocka

Temporarily Banned for 1 Month
Joined
Apr 14, 2008
Messages
18,248
Reaction score
503
Points
113
mahfuz takut nk keluar pas masuk pan.sebab takut pan berkubur pru14 nti.keke

hari2 dok kutuk parti sendiri.nti bila suruh keluar join parti lain meroyan mcm husam :)):))
 

BnT

Super Active Member
Joined
Sep 25, 2011
Messages
9,737
Reaction score
156
Points
0
Tak yah layan Mahfuz tu...tak lama senyap lah. Kita dah tau dia duk belah mana.
 

orang2

Active Member
Joined
Aug 28, 2013
Messages
1,265
Reaction score
150
Points
63
Jgn risau ph kuat di kedah menang dia nanti kalau bertanding pru14
 

hj_maikel

CG Top Poster Club
Joined
May 19, 2010
Messages
28,384
Reaction score
1,785
Points
0
Location
semenanjung emas
Cari la jln nak berdamai. Buat apa suruh org keluar parti.
Mcm ajk surau punye perangai.
Dulu hjhadi suruh org2 yg kecewa tu kluar parti dan itu hak mereka... bila mereka kluar sekali kena chop pengkhianat... :))

Husam tak kluar tapi duk kritik selalu lama2 pas tak boleh tahan kasik pecat terus.... pun kena chop pengkhianat jugak... :))

Skrg mahfuz pulak... agak2 dia pilih utk dipecat atau kluar parti... at the end kena chop pengkianat jugak... :))


Pas belum lagi pegang kerajaan dah label org mcm2, gertak org mcm2... kalau pegang kerajaan mcm mana depa nk handle masaalah...?? Kata tak gila kuasa tapi tindakan sebaliknya... mcm org gila kuasa... :))
 

johor1976

Super Active Member
Joined
May 7, 2016
Messages
8,975
Reaction score
537
Points
0
Dulu hjhadi suruh org2 yg kecewa tu kluar parti dan itu hak mereka... bila mereka kluar sekali kena chop pengkhianat... :))

Husam tak kluar tapi duk kritik selalu lama2 pas tak boleh tahan kasik pecat terus.... pun kena chop pengkhianat jugak... :))

Skrg mahfuz pulak... agak2 dia pilih utk dipecat atau kluar parti... at the end kena chop pengkianat jugak... :))


Pas belum lagi pegang kerajaan dah label org mcm2, gertak org mcm2... kalau pegang kerajaan mcm mana depa nk handle masaalah...?? Kata tak gila kuasa tapi tindakan sebaliknya... mcm org gila kuasa... :))
Dlm sesuatu organisasi mmg ada yg setuju, yg tak setuju.
Kn caru titik perdamaian.
Sistem demokrasi pilihanraya ni perlukan majoriti. Kalo asyik halau org, kurang la penyokong.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register