BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahdzir mahu jumpa Sanusi bincang kerjasama Umno-PAS di Kedah

afwan83

Active+ Member
Messages
3,219
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,219
Reaction score
12
Points
25

Mahdzir mahu jumpa Sanusi bincang kerjasama Umno-PAS di Kedah​

9d357714-57b0-4e92-82e0-55cc8d799ae5-mahdzir-khalid-sanusi-tile-298026.jpg

Mahdzir Khalid berkata beliau perlu bertemu Sanusi Nor sebelum rundingan lebih terperinci antara Umno-PAS Kedah.

Ketuanya Mahdzir Khalid berkata pertemuan awal itu akan menjadi langkah pertama sebelum sebarang perbincangan lanjut mengenai perkara lain, lapor Berita Harian.

Katanya, beliau bagaimanapun perlu bertemu Menteri Besar Kedah Sanusi Nor terlebih dahulu sebelum rundingan lebih terperinci dibuat bersama kepemimpinan PAS negeri.

“Mungkin jumpa Menteri Besar dulu. Kemudian mungkin Pesuruhjaya PAS.

“Kita runding kerjasama. Banyak fokusnya, kita akan ikut secara berperingkat tapi mula dengan jumpa dulu,” katanya.

Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam antaranya bersetuju kepimpinan di peringkat negeri berunding dengan parti politik mahu bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki berkata rundingan itu mesti berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya ugutan dan gertakan.

Perkembangan itu hadir ketika hubungan Umno dan PAS kembali menjadi perhatian susulan kerjasama politik melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Negeri Sembilan, awal bulan ini.

Persefahaman itu menyaksikan BN dan PN menguasai 25 daripada 36 kerusi sekali gus membentuk kerajaan Negeri Sembilan.

Kemenangan itu juga menyaksikan ada cadangan supaya kerjasama berkenaan diperluas sehingga ke PRU16 termasuk terkini pada PRN Melaka yang dijangka sebelum hujung tahun.
 
Back
Top
Log in Register