BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Magic gak Encik nie...

lost_soul2878

Super Active Member
Messages
8,745
Joined
Jan 11, 2010
Messages
8,745
Reaction score
19
Points
65
Tak tau la kalau citer nie korang penah baca atau tak hehehe...

Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.

Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali ditalipon.

"Ye Dato', ooo pasal project tu dato', saya akan uruskan dato', ala dato' bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato', lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato'…baik dato'… Oklah dato'…nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni….ok dato'….bye"

Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

"Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik" tanya Ali.

Lelaki tu menjawab " Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line " :-?

Erk!.... Kantoiii...

Ali terjelepuk buat2 pengsan pulak :eek:
 
Last edited:
Ni dari versi Terengganu yang pernah ada tu kan... hehehehe
 
a`ah cm versi terengganu jer...ok gak translate
 
Hahaha...
Mcm sorg housemate aku dulu. Bergayut kat henpon ngan awek dia speaking English tu... Fuh...kitorang pun respek la...pasang2 telinga jugak la nak dengar apa yg diorg borakkn. Elok2 je housemate aku tgh gayut sekali henpon dia ringing plak...ada org call...merah padam muka...kantoi giler :eek:
 
haha....
tu yg x leh blah tu...
ni kira ok la jugak.....
yg x leh blahnye kalo wat2 ckp ngan hp...pastu ringtone bunyik,,,msti kantoi giler la...
 
hahah siot je
 
Back
Top
Log in Register