BTC USD 56,873.1 Gold USD 1,765.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MacBook Pro, Rekaan Baharu Di Jangka Hadir Sebelum November

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Apple kini dilaporkan bakal memperkenalkan MacBook Pro baharu dengan pilihan skrin bersaiz 14-inci dan 16-inci, antara bulan September ke November tahun ini. Perkara ini akan memperlihatkan bulan September ke November akan menjadikan ia antara bulan yang sibuk untuk Apple. Selain pengenalan komputer riba baharu, tempoh berkenaan turut akan memperlihatkan pengenalan sistem operasi baharu, disamping pengenalan iPhone generasi baharu.

Laptop Macbook

MacBook Pro baharu dijangka hadir dengan cip pemprosesan Apple Silicon terbaru, menyertakan sejumlah port untuk memudahkan penyuntingan, serta mungkin menyertakan pengecasan berasaskan sambungan magnetik. Laporan sama turut menyatakan yang mana Apple sebelum ini menyasarkan pengenalan MacBook Pro pada awal tahun, tetapi melewatkannya disebabkan oleh pengeluaran mini=LED yang menghadapi masalah.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan MacBook Pro baharu oleh Apple ini tidak lama lagi.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
MacBook Pro Bari Di Lancar - Paparan Bertakuk, Mini LED 120Hz, Kembalinya MagSafe\

Selain melancarkan AirPods Gen 3, Apple turut memperkenalkan MacBook Pro baharu. Bukan sahaja komputer riba ini dilengkapi "nadi" baharu M1 Pro dan M1 Max, ia juga menampilkan rekaan sedikit berbeza berbanding barisan MacBook yang lain.

Model Pro kali ini memang sesuai dengan namanya. Ia dilengkapi paparan Liquid Retina XDR dengan teknologi mini LED, sama seperti yang digunakan pada iPad Pro. Paparannya mampu menawarkan kecerahan 1000nits dengan maksimum 1600nits, resolusi 3456x2234 dan menyokong ProMotion 120Hz.

Apple_MacBook-Pro_16-inch-Screen_10182021.jpg


Selain itu, bagi memberikan skrin lebih luas, MacBook Pro juga mempunyai takuk di mana menempatkan kamera beresolusi 1080p. Tambahan lagi, ia juga akhirnya lebih berbaloi dan bermakna buat golongan profesional yang menggunakan MacBook Pro untuk kerja-kerja penyuntingan.

Apple_MacBook-Pro_16-inch-Keyboard_10182021.jpg


Apple_MacBook-Pro_Body_10182021.jpg


Apple_MacBook-Pro_MagSafe_10182021.jpg


Apple_MacBook-Pro_Ports_10182021.jpg


Hal ini kerana MacBook Pro telah kehilangan Touch Bar dan digantikan kekunci tradisional. Pengecasan MagSafe 3 juga akhirnya kembali ke pangkuan MacBook bersama-sama HDMI, port Thunderbolt 4, bicu audio dan pembaca kad SDXC.

Lain-lain adalah jangka hayat bateri lebih lama, storan dalaman sehingga 8TB, memori sehingga 64GB RAM serta 6 sistem pembesar suara dengan spatial audio.

MacBook Pro 14 inci dijual pada tanda harga bermula RM8799 dan MacBook Pro 16 inci pula bermula RM10799.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
MacBook Pro Dengan Cip M1 Pro & M1 Max Dah Boleh Di Beli

Apple telah melancarkan komputer riba serta cip M1 baharu pada bulan lalu menerusi MacBook Pro. Kini, barisan MacBook itu sudah boleh dibeli buat peminat tempatan dengan melayari laman rasmi Apple. Mengimbas kembali, terdapat dua penawaran saiz bagi komputer riba ini, iaitu saiz 14 inci dan 16 inci. Masing-masing dikuasakan cip M1 Pro atau M1 Max.

Selain itu, paparannya kini tampil bertakuk dengan menggunakan panel Liquid Retina XDR mini LED yang menawarkan kecerahan sehingga 1600nits serta sokongan kadar segar semula ProMotion 120Hz. Antara yang mencuri tumpuan, kembalinya port pengecasan MagSafe 3 dan beberapa port lain seperti HDMI, Thunderbolt 4, bicu audio dan pembaca kad SDXC. MacBook Pro dijual pada harga bermula RM8799 untuk model 14 inci. Sementara model 16 inci pula bermula RM10799.​

1637222835677.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register