Tips mengelakkan telefon bimbit dicuri/hilang
Kini telefon bimbit boleh dikatakan dimiliki hampir setiap orang terutama di Malaysia, kita boleh lihat sesiapa sahaja mampu memilikinya. Namun begitu pelbagai perkara yang berkaitan dengan telefon bimbit seperti kehilangan dan kecurian kerap berlaku. Mungkin anda pernah melalui pengalaman telefon bimbit anda dicuri atau hilang, saya sendiri pernah mengalaminya dicuri sewaktu sedang sibuk bekerja. Pada waktu itu saya menerima message lalu saya mengeluarkan dari jaket saya, disebabkan terlalu sibuk saya tidak sempat membaca message dan tidak sedar di mana saya letakkan. Apabila keadaan tidak sibuk barulah saya teringat pesanan text yang saya terima, terus mencari dan dalam sekelip mata telefon saya hilang / dicuri.
Di Manakah Kecurian Telefon Bimbit Sering Berlaku
Biasanya kita banyak menghabiskan masa di luar berbanding di rumah. Jadi biasanya anda sering berada atau melalui zon berisiko tinggi untuk kehilangan telefon bimbit anda:
Terminal Bas
Tempat ini selalunya sesak dan ramai orang yang berpusu-pusu di situ. Sekiranya tidak berhati-hati telefon bimbit anda boleh hilang dengan mudah sekali. Oleh itu, anda dinasihatkan tidak terlalu kerap menggunakan telefon bimbit anda di zon yang sebegini. Adalah lebih selamat sekiranya anda menggunakan telefon awam yang banyak disediakan di zon ini, sekiranya perlu sangat membuat panggilan sila ke tandas untuk membuat panggilan.
Dalam Pengangutan Awam Bas/LRT
Semasa anda pergi dan balik dari kerja tentunya di dalam pengangkutan awam inilah bersesak dengan orang untuk ke destinasi masing-masing, masa ini dan tempat inilah kecurian/kehilangan kerap berlaku. Dalam bas/LRT yang penuh dengan penumpang itu, sekiranya anda kurang waspada terutama sewaktu bertolak-tolakan untuk keluar dari kenderaan awam, pencuri akan mengambil kesempatan mencuri telefon anda.
Kawasan Penuh Orang
Secara logikalnya tempat ini merupakan tempat yang digemari oleh si pencuri seperti di pasar malam, konsert, pesta/kernival/pameran dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Biasanya kita beranggapan tempat yang sebegini adalah selamat sebenarnya tempat yang sebegini juga amat merbahaya kerana kita tidak tahu bilakah si pencuri akan menjalankan modus operandinya.
Medan Selera atau Restoran
Kebanyakkan antara kita apabila berada di meja makan terutama di kawasan yang terbuka (open air) suka melatakkan barang seperti kunci kereta, beg tangan dan juga telefon bimbit di atas meja. Sedarkah anda perbuatan sebegini mengundang bahaya. Saya pernah ditegur oleh pekerja di sebuah medan selera yang mengatakan yang jangan meletakkan telefon bimbit di atas meja di kawasan terbuka tersebut. Menurut pekerja itu lagi si pencuri akan berlegar dengan menaiki motosikal sambil memerhatikan siapakah mangsa mereka. Apabila mangsa dikenal pasti pencuri akan mendekati meja kita lalu merampas telefon bimbit sementara seorang lagi sudah menunggu dengan motosikal lalu memecut laju meninggalkan kawasan tersebut.
Di Rumah Terbuka / Di Hari Raya/Kenduri
Jangan sangka dalam kemeriahan membuat rumah terbuka hari raya pencuri tidak meneruskan kegiatan mereka. Sebenarnya banyak telah kita dengar dalam kemeriahan dan keseronakkan kita, selalunya kita agak terleka sedikit. Masa inilah pencuri akan mengambil kesempatan atas kelekaan dan keseronokkan kita mengadakan rumah terbuka di hari raya. Tanpa kita sedari telefon bimbit kita yang baru dibeli sempena menyambut hari raya telah dicuri oleh si pencuri yang sama-sama memeriahkan dan meraikan hari yang indah itu.
Anda mungkin tidak pernah sedar bahawa perbuatan anda sendiri yang menyebabkan telefon bimbit anda dicuri atau dirompak. Jika pernah melalui situasi di mana telefon anda dicuri jangan ulangi kesilapan yang sama. Ingat pencuri ini ada dimana-mana sahaja andalah yang sebenarnya memberi ruang kepada mereka untuk melaksanakan misi jahat mereka….!