BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Pengguna Nothing Phone Terima Ikon Bateri Baharu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Pengguna Nothing Phone mula menerima kemas kini terbaru bagi awal tahun baru 2026 ini yang membawakan pelbagai penambahbaikan visual dan prestasi untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar. Antara ciri baharu itu termasuklah rekaan ikon bateri yang kini memaparkan nombor di dalamnya serta mod Extra dim turut dioptimumkan untuk keselesaan mata dalam pelbagai situasi. Dari segi fungsi pula, pengguna kini boleh menetapkan nada dering berbeza untuk SIM berganda, manakala ciri “Glyph Toy” sentiasa aktif sehingga dimatikan secara manual.
1767358757705.png
1767358729579.png

Berkaitan isu paparan beku semasa menggunakan Android Auto juga telah diperbaiki, dan mod poket kini lebih pintar dalam mengesan pergerakan. Kestabilan skrin kunci, AOD, dan pencarian Wi-Fi turut dipertingkatkan. Tambahan penting termasuk tampalan keselamatan Disember dan penambahbaikan keseluruhan sistem. Pengguna Nothing digalakkan memuat turun kemas kini ini untuk menikmati prestasi yang lebih stabil dan ciri yang ditambah baik.​
 
Back
Top
Log in Register