بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pd pendpt sy [Nota: Yg mgkn shj salah], "perbezaan" [Nota: Mgkn ini istilah yg lbh baik berbanding "perpecahan"] tlh pon ditakdirkan oleh
qjjl SWT, spt dlm firman2-Nya dlm ayat2 dibwh;
"Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan." An-Nahl, 93
"Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. " Hud, 118
"Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Dia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan." Asy-Syura, 8
Nota: Tiga ayat dari surah An-Nahl, Hud dan Asy-Syura tidak perlu ditafsirkan kerana maknanya jelas. Walau bagaimanapun untuk pengetahuan semua saya telah merujuk Tafsir Ibnu Katsir dan Tafsir Al-Azhar, Prof. HAMKA.
Jd wlubgimana pon usaha kita utk menyatukan ummah, "perbezaan" akan tetap wujud & inilah yg dipandang sbg "perpecahan". Namun begitu, sy x menentang mana2 usaha utk membawa kpd penyatuan ummah.
Zmn Nabi Muhammad SAW sendiri, terdpt perbezaan di antara Muhajirin & Ansar. Baca sirah Nabi Muhammad SAW & tafsir surah Al-Anfal, saudara2 akan dpti msh terdpt rasa saling cemburu diklgan kedua2 glgan ini. Ttp adakah para shbt Nab Muhammad SAW ini dianggap sbg berpecah-belah? Terpulangkah kpd interpretasi msg2.
Ini merupakan pendpt peribadi & tiada paksaan utk menerimanya. Buatlah kajian lanjut utk mengesahkan, menolak atau mengabaikan pendpt ini.