balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Anggota bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran melibatkan sebuah bengkel membuat perabot awal pagi semalam.
< 1 / 1 >
BUKIT CHANGGANG - “Saya tak tahu macam mana nak ganti rugi perabot pelanggan yang musnah.” Demikian luahan seorang pengusaha bengkel perabot, Razali Rahmat 42, selepas bengkel perabotnya terbakar awal pagi, di sini semalam.
Razali berkata, ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu, tiada seorangpun berada di bengkel berkenaan dan hanya mendapat makluman daripada jiran bersebelahan.
Menurutnya, dia berada di Damansara dan terpaksa bergegas ke lokasi lewat jam 11 pagi namun keseluruhan bangunan sudahpun musnah.
“Apa yang membimbangkan saya adalah tempahan perabot daripada pelanggan saya selain terpaksa menanggung kerugian.
“Saya tak sangkalah perniagaan yang diusahakan sejak lima tahun lalu musnah dan apa yang saya harapkan dapat mencari lokasi sementara untuk membuat perabot bagi menggantikan perabot pelanggan yang musnah,” katanya kepada Sinar Harian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.32 pagi dan terpaksa meminta bantuan jentera dari KLIA ke lokasi.
Menurutnya, jentera bomba KLIA mengambil masa lapan minit untuk tiba di lokasi manakala jentera dari Banting tiba ke lokasi 15 minit kemudian.
“Setibanya di lokasi api sudahpun marak dan kebakaran melibatkan sebuah bengkel membuat perabot berkeluasan 40x50 kaki persegi kelas B musnah 50 peratus.
“Pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan nozel dari pam jentera kereta bomba dan sumber air daripada pili bomba yang berhampiran sekolah turut dilakukan bagi mengelakkan kebakaran merebak,” katanya.
Jaslizad berkata, proses pemadaman tamat kira-kira jam 4.38 pagi dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Katanya, pihak bomba juga masih menjalankan siasatan ke atas punca kebakaran bengkel berkenaan.