BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Macam-macam boleh di Malaysia

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
MALAM kelmarin, di sebuah restoran di Dataran Otomobil, Shah Alam, saya memesan murtabak. Pelayan yang saya percaya warga India itu mengangguk. Dalam beberapa saat kemudian, saya terperasan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Mana tidaknya. Pelayan itu menuju ke arah dapur tomyam sedangkan tempat murtabak di arah sebelah kanan. Sah, dia tidak faham bahasa rupanya.

Seorang pelayan lain yang berdiri tidak jauh dari saya juga perasan apa yang berlaku kepada rakannya itu, lantas dia memanggil dan beritahu, tukang masak tomyam tidak tahu buat murtabak dan dia harus ke meja tukang murtabak di sebelah kanan.

Pelayan yang kedua itu kemudian bertanya, "minum abang sudah mintak?" "Belum, bagi saya dragon fruit juice ..." Dia membalas tetapi sebutannya agak kurang jelas.
Dia seperti mahu mengajuk sebutan saya tetapi yang kedengaran 'tiger fruit juice'. Katanya, "tiger fruit juice tidak ada." Saya langsung tunjuk menu sambil dalam hati berbisik, "kau pun 2x5 juga!"

Dia kemudian bertanya seseorang tentang minuman yang saya minta. Orang Indonesia rupanya pelayan yang kedua itu. Mulanya saya sangka dia orang tempatan.

Tidak lama kemudian, murtabak siap. Saya tanya kepada si tukang hantar, mana bawang besar dalam cuka bersirap yang biasa dihidang dengan murtabak. Sekali lagi pelayan itu kebingungan hingga terpaksa panggil tukang buat murtabak sendiri datang ke meja saya.

Saya ulang tanya soalan yang sama kepada tukang buat murtabak. Terkejutnya saya apabila dia sebaliknya bertanya, "itu bawang mau taruk kicap ka?"
Saya kata, "bukan kicap tapi cuka, vinegar!"

"Oh! Saya tak tau ooo...," katanya mengaku. Pada suatu pagi, di sebuah restoran di Kota Damansara, saya ditanya pelayan warga India apa yang saya mahu untuk makan dan minum. Saya beritahu, roti canai dan teh. Kemudian dia bertanya lagi, "makan?"

Saya tanya dia semula, "itu roti canai bukan untuk makankah?" Ternyata dia tidak tahu apa yang dia cakap dengan saya dan apa yang saya cakap dengan dia melainkan setiap patah perkataan dihafalnya sahaja.

Apabila dia 'kehilangan', dia tidak teragak-agak untuk bertanya semula tanpa masalah dan tanpa rasa bersalah. Mujur seorang lelaki India yang sedang makan di sebelah meja saya terangkan semula kepada pelayan itu dalam bahasa Tamil.

Kalau tidak mungkin dia akan terus bertanya saya makan, minum, makan, minum entah berapa kali! Dua tiga tahun lalu, ada sebuah restoran mamak di Shah Alam yang saya kunjungi hampir setiap hari.

Kadang kala dalam sehari sampai dua atau tiga kali. Makanannya sedap, harga pun berpatutan tetapi selepas satu peristiwa, pijak kaki lima kedai itu pun saya tidak pernah, sampai sekarang.

Alkisahnya, pada satu malam, saya minta nasi goreng sardin. Si pelayan warga Bangladesh bertanya saya semula, "roti sardin?" Saya jawab, "bukan, saya mahu nasi goreng sardin!"

Dengan tidak semena-mena, dia ketawakan saya. Bersungguh-sungguh pula ketawanya. Dengan nada mengejek dia berkata, "nasi goreng sardin mana ada! Roti sardin ada la...." sambil menunjuk ke arah menu di dinding. Darah menyerbu naik ke muka. Malunya saya. Terasa sangat diper*****kan oleh orang asing itu.

Kemudian dengan suara yang kuat juga, saya kata: "Ini negara saya, saya tahu apa yang ada, apa yang tidak ada di negara saya. Awak tu datang tumpang cari makan, jangan nak berlagak! Kalau tak ada (makanan yang saya minta) di kedai ini, cakap saja tak ada. Mengapa nak ketawakan saya?"

Terus masam manis, masam manis mukanya. Saya suruh dia pergi dan panggil pelayan lain datang ambil pesanan saya. Yang datang itu, lebih senior agaknya berkali-kali minta maaf sambil mengutuk kebiadaban rakannya itu.

Semasa bayar, saya beritahu pengurus kedai itu mengenai sikap kurang ajar stafnya. Apa yang buat saya bertambah sakit hati ialah dia bukan minta maaf malah berkali-kali membela anak buahnya itu atas alasan "dia tidak faham bahasa Melayu."

Saya kata, tidak faham bukan masalah tetapi yang saya tidak puas hati kerana dia ketawakan saya seolah-olah saya orang ***** yang tidak tahu apa-apa, di hadapan orang ramai pula.

Inilah kehidupan kita di tanah air tercinta ini. Warga asing yang tidak faham sepatah pun bahasa kita, masih boleh datang dan bekerja, di barisan hadapan pula.

Saya bukan anti warga asing tetapi terfikir, kalau kitalah...jika hanya tahu berbahasa Melayu, sanggupkah berusaha sebegitu rupa, merantau ke negara orang untuk cari makan?
Rasanya, ini tidak akan berlaku kepada orang kita, juga tidak berlaku di negara lain melainkan hanya di Malaysia.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/muhamad-mat-yakim/macam-macam-boleh-di-malaysia-1.387895
 
biasa berlaku ni....kalau sensitif macam ni la...tacing lebih...
 
diorg ni kalau x diajar makin kurang ajar tp yg peliknye ade rakyat tempatan yg anggap diorg ni pun warga tempatan.
 
tapi diorg punya rajin kerja memang 'world class'. org tempatan pun tak boleh bersaing dgn depa. depa kerja 12-16 jam satu hari, org kita cuma nak kerja 8 jam je.
 
aku pernah kene kat nasi vanggey kat ipoh..mintak tosai & susu tp dia dtg hantar tosai je susu xde..
bila ditanya mana susu boleh dia ckp susu habis..sedangkan tu kedai makan yg besar & aku tengah minum teh ais..dia still ckp susu habis..
sedangkan aku tengok tin susu bersepah kat belakang tempat bt air
bila aku ckp xpe la aku xnk mkn tosai ni dengan selambe je budak tu amek tosai tu terus buang dlm tong sampah..
mungkin salah aku la ckp aku xnk mkn tosai tu..tp masalah nye adap tu xde..
bila bt report kat manager dia dengan selamba manager dia ckp xpe la..
biasa la tu bidak muda..wah...hebat sungguh budak tu sampai pelanggan ko sendiri ko bt camtu..lagi satu kedai makan kat area genting klang pon same gak..
aku punya lapar mintak order sorg pon xnk dtg..siap ade yg tengah lepak isap rokok lagi..
bila di panggil dengan selamba dia tros sound sabar boleh tak..tak nampak ke org tengah isap rokok...
teros mengalir darah siam dalam badan aku ni..bila aku sound teros ade mamat melayu yg backup budak india ni..
patot la budak india ni boleh naik kepala sebab ada org kita sendiri yg konon nye jd abg kawasan kat situ..aku sound je ko sanggup gadai bangsa ko sebab duit
 
ramai je kat kedai mamak....ingatkan mamak malaysia punya tp bercakap tungang tebalik...stress ak nk mengorder makanan
 
banyakkn sabar tt..dorg dlm proses jd warganegara tu..PRU 2018 dapatlah
 
Org mesia pasal makan jgn buat main wooo...sentap lebih.
Tambah plak kalau tgh lapar
 
Cina hindu yg beranak kat malaysia pun bahasa malaysia ke longkang..apatah lagi pendatang asing...
 
Back
Top
Log in Register