BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Maafkan saya, Mufti'

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,238
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,238
Reaction score
99
Points
40

'Maafkan saya, Mufti'​

18sanusi_1637230892.jpg

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media selepas Sidang DUN, di sini, hari ini. - Foto Ihsan Pejabat Menteri Besar

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor, selepas mengaitkan aktiviti perjudian dengan negeri itu sebelum ini.

Muhammad Sanusi menjelaskan, teguran itu diterimanya secara baik selain turut berterima kasih kepada Wan Salim yang juga pensyarahnya ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM).

"Saya terima teguran daripada Wan Salim, dia adalah guru saya di USM dahulu. Ia hanya gurauan saya, sekiranya beliau berasa hati saya minta maaf. Terima kasih atas tegurannya.

"Saya bukan bermaksud menyatakan Pulau Pinang itu tempat judi, tetapi kalau Pulau Pinang tidak mengharamkan premis perjudian, sesiapa yang mahu beli (judi) boleh pergi ke Pulau Pinang sebab di sana ada premis yang beroperasi.

"Di Kedah kita sudah tamatkan semua operasi premis perjudian, mereka tak dapat beroperasi, mereka boleh pergi ke tempat yang ada operasi.

"Itu maksud saya dan bukan hendak menghina Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Isnin lalu, Mufti Pulau Pinang itu dilapor menegur Muhammad Sanusi supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan menjaga imej sebagai pemimpin kerajaan negeri yang dihormati.

Teguran itu dibuat berikutan kenyataan Muhammad Sanusi mengaitkan kegiatan judi dengan Pulau Pinang yang dianggap sebagai sesuatu yang mendukacitakan dan tidak wajar.

Muhammad Sanusi turut berharap, Wan Salim dapat menasihatkan kerajaan Pulau Pinang mengambil langkah sama seperti dibuat Kedah untuk tidak memperbaharui lesen premis perjudian.

Sementara itu, beliau memaklumkan pihaknya bersedia menghadapi tindakan mahkamah dibuat mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian.

Tegasnya, keputusan tidak memperbaharui lesen premis perjudian adalah muktamad dan tiada rundingan akan dilakukan berhubung keputusan itu.

"Saya tidak menghalang mana-mana pihak mengambil tindakan yang dirasa perlu untuk mempertahankan premis perjudian, saya bersedia kerana tindakan yang diambil kerajaan negeri juga berdasarkan undang-undang.
"Ini bukan isu mengenai kaum Cina, India atau Melayu, tetapi ini adalah keputusan untuk mengharmonikan rakyat di negeri ini," katanya.

Last edited:
Mutfi pulau pinang kena redha..
Negeri korang mmg galakkan rakyat bukan islam berjudi..

Negeri yg dipimpin oleh kapir yg sokong agenda perjudian..

Negeri kedah dipimpin oleh wakil islam yg x sokong agenda perjudian.. So betul dh apa yg dikatakan menteri.. Mufti nak terasa apa pulak ? Yang berjudi semua geng kapir je..

---

Patutnya mufti pulau pinang kena buat statement, harap pulau pinang bebas aktiviti perjudian dan mencontohi negeri kedah..

Baru la nmpk sikit ketegasan sbgi mufti..

Mufti makan gaji ke ? Atau mufti buat keje untuk orang islam ?

Statement kne tegas..
 
setuju bro, dan bukan mufti penang je kene bunyi negeri lain pon sama ..baru la nampak sekata
 
Mutfi pulau pinang kena redha..
Negeri korang mmg galakkan rakyat bukan islam berjudi..

Negeri yg dipimpin oleh kapir yg sokong agenda perjudian..

Negeri kedah dipimpin oleh wakil islam yg x sokong agenda perjudian.. So betul dh apa yg dikatakan menteri.. Mufti nak terasa apa pulak ? Yang berjudi semua geng kapir je..

---

Patutnya mufti pulau pinang kena buat statement, harap pulau pinang bebas aktiviti perjudian dan mencontohi negeri kedah..

Baru la nmpk sikit ketegasan sbgi mufti..

Mufti makan gaji ke ? Atau mufti buat keje untuk orang islam ?

Statement kne tegas..
mufti n TYT...melayu islam...tp.....
 
Mufti patut nasihat Pulau Pinang contohi langkah Kedah​

sanusi-4-696x370.jpg

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia menerima teguran Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kerana baginya perkara itu hanya sekadar gurauan.

Malah, beliau telah memohon maaf kepada mufti terbabit yang kebetulan pensyarahnya ketika belajar di Universiti Sains Malaysia sebelum ini.

“Saya terima tegurannya. Dia guru saya sewaktu menuntut di USM. Lagipun saya tidak bermaksud kata Pulau Pinang tu Darul Judi.

Advertisement
“Cuma sebab negeri itu tidak mengharamkan premis judi, sesiapa yang berhajat bolehlah ke sana sebab di Kedah kita sudah tamatkan semua operasi dan premis-premis perjudian.

“Malah bukan Pulau Pinang sahaja tetapi termasuk juga negeri-negeri yang masih membuka premis perjudian,” katanya pada sidang media pada hari terakhir persidangan Dun Kedah hari ini.

Isnin lepas Mufti Pulau Pinang dilapor menegur Sanusi supaya lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sebelum itu Sanusi dengan nada berseloroh berkata, “Kerajaan tidak akan beri lesen, kalau nak beli (nombor ekor), beli di Pulau Pinang.

Katanya juga melatah ketika bercakap adalah perkara biasa, namun beliau bersedia menerima teguran.

“Tetapi saya rasa sebagai mufti dia patut menasihatkan Pulau Pinang agar mengambil langkah yang sama seperti Kedah,” tambahnya

Back
Top
Log in Register