kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Maaf semua, mak saya tak tahu isu semasa – Cik B PENYANYI dan pempengaruh media sosial, Cik B memohon maaf bagi pihak ibunya, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) gara-gara videonya berbual bersama Linda Jasmine tular dalam media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan dalam TikTok, DSV dilihat berbual mengenai bekas suami Linda iaitu pelakon Que Haidar.
“Hari itu saya jumpa dengan Que. Bagus dia. Tengok macam ‘kerek’, dia bagus,” kata DSV.
Linda yang mendengar perkongsian DVS hanya ketawa dan berkata dia sudah lama tidak bertemu dengan Que.
Menyedari video ibunya menjadi bualan ramai netizen, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21 tampil menjelaskan keadaan sebenar.
“Maaf semua. Mak saya tak tahu isu semasa sebab dia tak ada akaun Threads,” tulis Cik B dalam hantaran terbarunya.
Ramai netizen yang terhibur dengan penjelasan Cik B dan turut terhibur dengan gelagat DSV yang disifatkan mereka sebagai terlalu ‘random’.
DSV dan Linda bakal sama-sama terbabit dalam program Talk To My Manager musim kedua di mana mereka bertindak sebagai pengurus kepada anak-anak mereka.
Namun Linda menjadi topik hangat netizen sejak semalam selepas meninggal komen dia tidak akan kembali rujuk bersama Que Haidar dan mengulang siar (repost) hantaran mengenai suami gay. – KOSMO! ONLINE.
==============================
Alaaa malas2 je nak layan drama dorang ni. Entah bila nak habis. Yang penting kan, haritu DSV sibuk post IG dia pasal new product dia, takda pun cerita ni. Macam suka2 je netizen buat hal.
Maaf semua, mak saya tak tahu isu semasa - Cik B
PENYANYI dan pempengaruh media sosial, Cik B memohon maaf bagi pihak ibunya, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) gara-gara videonya berbual bersama Linda Jasmine tular dalam media sosial.Menerusi video yang dikongsikan dalam TikTok, DSV dilihat berbual mengenai bekas suami Linda iaitu...
www.kosmo.com.my