BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maaedicare Kumpul Dana Perluas Akses Terhadap Penjagaan Kesihatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Maaedicare Kumpul Dana Perluas Akses Terhadap Penjagaan Kesihatan​

0ef21cfd6ca029a0cfc0b2570085b4b16a65e75db6c0a

152555c12bf33f185f553ddaa65213846a65e77354924

Kredit : MAAEDICARE

Yayasan Amal Maaedicare (Maaedicare) berjaya mengumpulkan dana menerusi majlis malam gala kutipan dana tahunannya bagi memperluas akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Bertemakan A Night of Hope & Healing: Shine a Light, Save a Life, acara berkenaan menghimpunkan rakan kongsi korporat dan penderma bagi memperkukuh inisiatif kebajikan penjagaan kesihatan yang diterajui yayasan itu.

Pengerusi Yayasan Amal Maaedicare Tunku Datuk Yaacob Khyra menerusi kenyataan berkata landskap penjagaan kesihatan Malaysia yang semakin berkembang menuntut organisasi amal penjagaan kesihatan beralih daripada hanya sekadar merawat penyakit kepada memberi penekanan yang lebih besar terhadap pencegahan serta intervensi awal.

“Penjagaan kesihatan pada masa ini bukan lagi semata-mata merawat penyakit selepas ia berlaku. Ia melibatkan pelaburan dalam usaha pencegahan, memperluas akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti serta memastikan kekangan kewangan tidak sekali-kali menjadi penghalang kepada rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas.

“Setiap sumbangan disalurkan malam ini mengukuhkan keupayaan kami untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan Malaysia yang sentiasa berkembang, di samping kekal teguh dengan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi,” katanya.

Beliau berkata Maaedicare kekal komited terhadap kecemerlangan klinikal dan inovasi menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk penggunaan teknik kanulasi berpandukan ultrabunyi di kesemua 11 pusat dialisisnya, sekali gus mencerminkan keyakinan yayasan itu bahawa kemampuan dari segi kos tidak seharusnya menjejaskan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal Maaedicare Anne Rajasaikaran berkata setiap sumbangan diterima pada majlis gala berkenaan akan memberikan impak secara langsung dan berkekalan kepada pesakit serta keluarga mereka.

“Sumbangan diberikan membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar sokongan kewangan. Ia membantu seseorang pesakit meneruskan rawatan dialisis yang menyelamatkan nyawa, memperoleh ubat-ubatan, melakukan perjalanan untuk mendapatkan rawatan serta menerima penjagaan diperlukan dengan penuh maruah.

“Yang lebih penting, ia memberikan harapan kepada individu dan keluarga yang sedang menghadapi satu daripada cabaran paling sukar dalam kehidupan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register